Wednesday, 24 April 2019
Kuliah Kesembilan-Afiqah
Assalamualaikum dan selamat malam guyss.. aha tak pernah2 saya ucap selamat malam kan😂
Tanpa membunag masa, saya akan share topik menarik yang saya belajar minggu nih. guess what? haa..tajuknya ialah Menterjemah Unsur Budaya. Budaya berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu buddhayah atau lebih disebut sebagai culture. Budaya juga membawa maksud tamadun, peradaban, cara berkelakuan, kemajuan, kebudayaan, manakala kebudayaan pada keseluruhannya merupakan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Tujuan kebudayaan adalah untuk mensosialkan anggota masyarakat yang baru supaya menjadi orang yang berfungsi dalam masyarakat. Bahasa mungkin tidak boleh dipisahkan dengan budaya kerana penterjemahan turut melibatkan budaya. Budaya terbahagi kepada empat iaitu budaya ekologi, budaya sosial, budaya ideologi, budaya material.
Budaya ekologi mengkaji tentang makhluk hidup di habitatnya seperti persekitaran. kalau persekitaran merujuk kepada perbezaan antara keadaan cuaca/muka bumi dengan tumbuhan dan binatang (makanan). Contoh lain: budaya arab permukaan buminya kering, berbatu bata, berpadang pasir dan musim sejuk. Budaya melayu pula permukaan buminya hutan tropika, pemandangan yang menghijau, taburan hujan yang tinggi dan banjir yang besar.
Budaya ideologi pula berkait dengan agama, kepercayaan, adat resam dan politik. Biasanya teks berbentuk ini lebih sukar diterjemahkan kerana melibatkan emosi.
Jadi dapat disimpulkan bahawa perbezaan budaya antara dua masyarakat ini membuatkan terjemahan menjadi lebih sukar kerana ada sesetengah perkataan yang digunakanoleh masyarakat Arab tidak mempunyai padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu dan ada kalanya tidak ada padanan langsung.
Maaf atas segala kekurangan daripada perkongsian ini. Harap serba sedikit dapat bantu kawan2 semua untuk lebih faham tentang topik ini kerana ia kelihatan rumit untuk difahami pada awalnya.
Wait for my next blog okay guyss.. Much loves from me 💋💋💋byeee
Kuliah Kelapan-Afiqah
Ehem,, bismillah kembali saya lagi untuk topik seterusnya.. harini takde introduction apa sebab takde mood sebenarnya nk buat blog tapi still kena buat jugak sebab nak kongsi ilmu dengan kawan2 kan, *take a deep breathe*.. okay saya start sekarang 😁
Topik minggu ni sangat menarik bagi saya kerana saya kita akan belajar bentuk dan fungsi2 ayat seperti ayat tanya, suruhan, soalan, dan sebagainya.
Misalnya, ayat Boleh ambilkan saya secawan teh?
Bentuk: Jenis ayat tanya/pertanyaan
Fungsi: Suruhan
atau
ayat Siapa kata saya penakut
Bentuk: Jenis ayat tanya
Fungsi: Cabaran
Dalam terjemahan perlulah menyalin semula makna bukan menyalin semula bentuk. Salah satu kesilapan terjemahan ialah penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang sama mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza. Fungsi ayat ditentukan oleh ayat. Manakala dari sudut makna terbahagi kepada tiga jenis iaitu, ayat maklumat, ayat perasaan dan ayat arahan. Ayat maklumat seperti ayat pengisytiharan, makluman, pengumuman dan pemberitahuan. Contoh: Ada virus dalam komputer. Ayat arahan pula berbentuk sesuatu suruhan atau perintah. Contoh: Ambilkan secawan kopi atau hantarkan kereta sekarang juga. Ayat perasaan merujuk kepada atau menggambarkan perasaan yang dialami oleh seseirang. Contoh: Kalau ikutkan hati saya bunuh awak sekarang juga.
Kesimpulannya, sebagai penterjemah perlu beri perhatian kepada fungsi ayat agar makna yang dikehendaki oleh teks dapat dipindahkan kepada bahasa sasaran dengan baik dan tepat.
Itu sahaja sahring pada minggu ini. Harap dapat memberi manfaat kepada kawan2 semua. Semoga bertemu lagi guys dalam blog saya seterusnya 💖
Kuliah Ketujuh-Afiqah
Allahummasolli'alasaidinamuhammad.
Assalamulaikum kawan2 yang dirahmati Allah sekali. Harap dalam kedaan baik hendakNya.
Okay tertanya-tanya apa yang sis belajar minggu ini?cuba teka😄mesti tak tau kan?ahahahah..okay moh ler kita beralih kepada topik minggu ini. Topiknya bertajuk Menterjemah Frasa dan Peribahasa. Apa yang korang faham tentang frasa? Frasa ialah unit yang terdiri daripada satu susunan yang sekurang-kurangnya dua atau lebih patah perkataan.
Contoh ayat: burung merpati terbang melayang
: anak kecil itu sedang bermain.
Dalam bahasa arab ia dipanggil pula sebagai al-'ibrah ataupun al-tarkib. Bagi frasa al-tarkib, terbahag kepada enam iaitu, frasa idiomatik/tarkib istilah, tarkib idafi, tarkib wasfi, taukid, badal wa mubdal minhu dan 'ataf wa ma'tuf alayh.
Tarkib wasfi > السلطان التقليدي diterjemahkan (kekuasaan tradisional)
> البيت الکبير diterjemahkan (rumah yang besar)
Tarkib idafi > مراجعة النفس diterjemahkan (muhasabah diri)
> کرة القدم bola sepak
Bagi peribahasa pula terbahagi kepada tiga iaitu al-Mathal al-Mujaz (peribahasa ringkas), al-Mathal al-qiyasiy, al-Mathal al-khurafiy
That's all for this week. Stay tuned u alls..💋
Kuliah Keenam-Afiqah
Bismillahirrahmanirrahim. Jumpa kita lagi guys.. 😆😙
Okay topik seterusnya yang akan saya share pada minggu ni konfem semua suka and faham sebab tajuknya ialah kata ganti nama. See? Easy kan? sebab semua orang dah memang pernah belajar dari tadika sampai lah sekolah menengah. So kat sini saya akan cuba fahamkan korang semua lagi sekali dengan lebih mudah dan efektif. Kata ganti nama yang kita faham ia merujuk kepada kata ganti nama diri misalnya dia, saya dan kamu. Dalam Bahasa Arab, kata ganti nama terbahagi kepada dua iaitu مذکر ومؤنث.
مذکر- أنا نحن أنت انتما انتم هو هما هم
مؤنث- انا نحن انت انتما انتن هي هما هن
Ana merujuk kepada saya, aku, beta, patik, hamba
Nahnu merujuk kepada kami (lelaki), kami (perempuan) atau kita
Anta merujuk kepada awak, kamu, anda, engkau (lelaki)
Anti merujuk kepada awak, kamu, anda, engkau (perempuan)
Antuma merujuk kepada awak, kamu, anda, engkau berdua (lelaki/perempuan)
Antum merujuk kepada awak, kamu, anda, engkau (ramai lelaki)
Antunna merujuk kepada awak, kamu, anda, engkau (ramai perempuan)
Orite itu sahaja untuk minggu ini. Harap semua faham dan praktikkan untuk terjemahan kawan2 semua.😘💞
Tuesday, 23 April 2019
FIKRIYAH-KENALI JENIS FRASA
💦💜السلام عليكم ورحمة الله وبركاته💜💦
Taukid
Hye guys, so kalini I nak cerita tentang frasa pula, You know what a meaning of frasa? Actually frasa is satu unit yang mengandungi sekurang-kurangnya 2 perkataan ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Contoh frasa: Burung Merpati terbang melayang ataupun Anak Kecil Itu sedang bermain. Dalam bahasa arab frasa dipanggil sebagai Al-Ibarah atau Al-Tarkib.
JENIS FRASA
1. Frasa Idiomatik/ Al-tarkib / Al-istilahi
2. Tarkib Idofi
3.Tarkib Wasfi
4.Taukid
5.Badal Wa Mubdal Minhu
6.Ataf Wa Matuf Alayh
Frasa Idiomatik
Dipanggil Ibarah atau Istilahiyyah, Terbina daripada paduan dua perkataan
atau lebih dan mangandungi makna khusus yang tidak boleh disimpulkan
daripada makna perkataan-perkataan yang membentuknya. Terbahagi kepada 3 jenis:
1.Frasa kata
kerja: أَطلق ساقَيْهِ لِلرِّيح dengan maknaجَرَى وهَرَبَ (lari / melarikan diri).
2.Frasa nama,
seperti خَفِيف الظِّلّ dengan makna ظَرِيف مَرِح (riang /
ceria).
3.Frasa sendi,
seperti بِرُمَّتِه dengan makna كُلِّه
وجَميعه (semua sekali) (Mahmud Isma،il Sini et. al
1996: ط)
Tarkib Idofi
Merangkumi mudaf wa mudaf ilayh, Contohnya, وعي
المسلمين Kesedaran Umat Islam, مراجعة
النفس Muhasabah Diri.
Tarkib Wasfi
Jika lebih dari satu sifat perkataan dan atau lagi boleh ditambah.
Contoh: عدل كامل شامل Keadilan yang sempurna dan menyeluruh. الله الملك الحق Allah yang maha kuasa lagi maha benar. Contoh biasa, السلطان التقليدي kekuasaan Tradisional, البيت الكبير Rumah besar, Taukid
Kata yang digunakan untuk menghilangkan
keraguan orang yang diajak berbicara, atau untuk
menguatkan maksud. Ada 5 kata yang sering digunakan, iaitu نفس
,
عين ,كل
, جميع
dan
عامة.Kata نفس
وعين diterjemahkan kepada sendiri, كل
diterjemahkan
kepada masing-masing,
جميع
وعامة diterjemahkan
kepada keseluruhannya/kesemuanya. Contoh ayat: ألقى
عميد كلية الأداب نفسه
مقالته , Dekan
Fakulti Sastera sendiri
menyampaikan ucapannya.
Badal Wa Mubdal Minhu
Contoh 1:سافر
عميد الكلية الدراسات الاسلامية الأستاذ
الدكتور محمد نصران محمد إلى
سنغافورة .
Terjemahannya: Dekan Fakulti Pengajian Islam (yakni), Prof. Dr. Mohd Nasran Mohamad telah
pergi ke Singapura.
Contoh 2: طبع
الكتاب جزؤه
الأول
Terjemahannya: Jilid pertama buku itu telah dicetak. (badal sebahagian)
Contoh 3:سرّني
الشارع نظافته
Terjemahannya: Kebersihan jalan itu membuatku gembira.
Ataf Wa Matuf Alayh
Frasa ini
dapat difahami sebagai golongan dua kata (atau lebih) secara sejajar,
dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan
sebagainya.
Contoh 2:فرّ
العدوّ حتى
القائد
Terjemahan: Musuh itu telah melarikan
diri, bahkan (termasuklah) panglimanya.
Contoh 3:نقل
الخبر محمد أو
علي
Terjemahan: Muhammad atau Ali yang menyampaikan berita itu
Contoh 4:جاء
المستعمرون ثم
المستشرقون
Terjemahan: Para penjajah telah datang, kemudian datang pula para orientalis.
Sekian Terima kasih.
FIKRIYAH- CARA MUDAH MENTERJEMAH FUNGSI AYAT
AHLA WASAHLAN WAMARHABAN BIK YA ASDIQAI!😇💖
So for sure, today I akan ajar You alls cara mudah Nak menterjemah Fungsi ayat, so I nak bagitahu yang sebenarnya "Fungsi ayat ditentukan oleh suatu ayat itu sendiri" Lets say! Dari sudut Makna, ayat terbahagi kepada 3 jenis, iaitu ayat Maklmat, ayat Perasaan dan ayat Arahan. The first Thing saya nak beritahu akan.
Ayat Maklumat
ayat Maklumat, ayat malumat ni adalah ayat yg paling mudah untuk diterjemahkan. Dia macam message yang terus kita nak sampaikan dkt orang. Iaitu ayat2 yang merangkumi:
So for sure, today I akan ajar You alls cara mudah Nak menterjemah Fungsi ayat, so I nak bagitahu yang sebenarnya "Fungsi ayat ditentukan oleh suatu ayat itu sendiri" Lets say! Dari sudut Makna, ayat terbahagi kepada 3 jenis, iaitu ayat Maklmat, ayat Perasaan dan ayat Arahan. The first Thing saya nak beritahu akan.
Ayat Maklumat
ayat Maklumat, ayat malumat ni adalah ayat yg paling mudah untuk diterjemahkan. Dia macam message yang terus kita nak sampaikan dkt orang. Iaitu ayat2 yang merangkumi:
1. Ayat Pengumuman (pengisytiharaan, pemberitahuan)
2. Ayat Pernyataan
3. Ayat Takrifan (Definisi, penjelasan,penerangan)
4. Ayat tegasan
5. Ayat Persetujuan (keizinan, sokongan)
6. Ayat
nafian (bangkangan, bantahan,tentangan)
7. Ayat Sangsingan (keraguan, prasangka)
8. Ayat Tanyaan ( soalan)
9. Ayat Nilaian( pendapat, cita Rasa)
10.Ayat Sudut Pandangan
11.Ayat Syarataan
12.Ayat Cerita (Pemerian)
13. Ayat Janji (Ikrar & Sumpah)
Ayat Arahan
mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu suruhan atau perintah. Ayat ini juga jenis kedua yang banyak diterbitkan Oleh Manusia. Contoh ayat arahan ia merangkumi :
1. Ayat Perintah
2. Ayat Suruhan
3. Ayat Larangan (Tegahan)
4.Ayat Panduan
5. Ayat Amaran (Ancaman)
6. Ayat Undangan
7. Ayat Silaan
8. Ayat Ajakan
9. Ayat Gesaan
10. Ayat Tawaran
11. Ayat Peraturan
Ayat Perasaan
Sejenis ayat yang sukar diterjemahkan kerana ia mengandungi perkataan emotif sendiri. Ayat ini juga tidak mempunyai maklumat dan tidak bermaksud megkehendaki orang lain melakukan sesuatu. Selain itu, Ciri utama perasaan ialah nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat tersebut. Seterusnya, perasaan di dalam komunikasi timbul kerana 2 Faktor iaitu Reaksi kita terhadap maklumat yang diterima dan Reaksi kita terhadap cara maklumat itu disampaikan.Contoh Ayat Perasaan merangkumi:
1. Ayat Marah
2. Ayat Gembira
3. Ayat Sanjungan
4. Ayat Ejekan
5. Ayat Dukaan
6. Ayat Sindiran
7. Ayat Cacian
8. Ayat Kutukan
9. Ayat Cabaran
10. Ayat Kejutan
11. Ayat Sesalan
12. Ayat Sumpahan
13. Ayat Bujukan
Thats all guys from me to you. Khulasoh yg boleh saya sampaikan is waktu kita terjemahkan satu ayat tu we should teliti tengok bentuk fungsi ayat dia supaya makna dia tak lari dan teks juga dapat dipindahkan ke dalam bahasa sasaran dengan baik.👍💕
Semoga Bermanfat. Sekian.
"ليس العلم ما حفظ انما العلم ما نفع"
Sesungguhnya ilmu itu bukanlah yang Dihafal tetapi memberi Manfaat.
Kuliah Kelima-Afiqah
Hai assalamualaikum saya kembali lagi guysss....semua sihat? Saya pun sihat juga Alhamdulillah..😊
Okay baiklah tanpa membuang masa or amik masa korang lama untuk baca introduction saya, saya mulakan sharing saya dengan topik yang saya pelajari pada minggu ini iaitu Menterjemah Kata Nama Khas. Mesti semua tahu kan kata nama khas ini apa? Sebab kita memang dah belajar daripada tadika lagi. So dah masuk U nih kita blajar lagi untuk menguatkan pengetahuan kita tentang kata nama khas yang akan kita praktikkan semasa melakukan terjemahan. Seperti yang kita sedia maklum, kata nama khas ni merujuk kepada orang, haiwan, undang2, bangsa, bahasa, dan sebagainya. Kalau dalam bahasa melayu, kata nama khas terbahagi kepada dua bahagian iaitu kata nama khas hidup dan tak hidup. Jika nama orang, tidak perlu diterjemahkan. Tetapi hanya menukarkan nama orang seperti محمد kepada Muhammad dan memulakan perkataan dengan huruf besar. Seterusnya jika terjemah nama negara, bandar dan tempat, perlu mengekalkan nama bahasa sumber dan menggantikan nama dalam bahasa sumber. Contoh: Middle East-Asia Barat. Adapun sesetengah tempat dan bandar dalam Bahasa Arab ditulis dalam Bahasa Inggeris dengan kata nama yang huruf latinnya berbeza sama sekali dengna pedoman huruf Arab yang asal seperti al-Qahirah (BA)- Cairo (BI)- Kaherah (BM).
Okay itu sahaja sharing saya pada minggu ini. Maaf kalau ade yang tak faham😅 Saya akan cuba upload blog seterusnya secepat mungkin, stay tuned okay guyss...bye 👋💖
Kuliah Keempat-Afiqah
Hai guyss assalamualaikum..👄
Saya sambung topik pembelajaran yang saya pelajari pada minggu ini, iaitu Jenis Terjemahan.
Jenis ini secara amnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu tulisan dan lisan. Terjemahan tulisan hendaklah dilakukan secara bertulis, penterjemah masih berkesempatan membaiki kesilapan terjemah yang dilakukan dan kefasihan berbicara tidak menjadi syarat yang mutlak. Bagi terjemahan secara lisan pula ialah ia mestilah dilakukan secaa lisan, dialkukan secara langsung, cepat dan tepat, ia tidak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unsur2 bahasa yang salah atau tidak tepat. Penterjamah disyaratkan berkemampuan berbicara yang lancar dan fasih dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran. Ciri2 terjemahna lisan ialah mestilah berpengetahuan luas, mampu mentafsirkan apa sahaja yang diujarkan perlu menjalani latihan yang panjang dan mencari pengalaman yang berterusan.
Okay itu sahaja yang saya hendak sharekan kepada kawan2 semua. Stay stuned my beloved friends..😉💟
Kuliah Ketiga-Afiqah
Bismillah, we meet again guys,, 😆😋korang semua sihat ke? Saya sihat je ni Alhamdulillah😃
Topik yang akan saya sharing degan anda semua ialah Proses Menterjemah. Terdapat enam proses penterjemahan yang perlu anda ikuti. Yang pertama ialah ialah proses analisis,ia bermaksud pencarian makna yang melibatkan kotak memori dan kamus. Penterjemah perlulah mencari makna perkataan, ayat dan seluruh wacana. Yang kedua ialah mengetahui proses pemindahan kerana ia merupakan perkara penting dalam proses penterjemahan. Ia dipindahkan ke bentuk sasaran dan berlaku dalam fikiran penterjemah. Kemudian, menstruktur semula iaitu teks hendaklah distruktur semula mengikut struktur bahasa sasaran. Gaya bahasa yang digunakan juga perlulah memudahkan pembaca memahami teks terjemahan itu dengan mudah. Ketiga ialah proses memriksa. Penterjemah boleh melakukan sendiri dan merujuk kepada pakar bidang. Baca teks terjemahan dengan lantang sambil bersemuka dengan orang lain. Seterusnya menyemak. Teks terjemahan dianggap sebagai sebuah teks sendiri. Tugas pemeriksa dan penyemak kerap bertindan. Yang terakhir ialah menyunting iaitu membuaag bahan yang tidak diperlukan dan mewujudkan gaya yang seragam sekiranya teks itu diterjemahkan oleh orang lain. Kesimpulannya, semua proses perlulah difahami dengan baik agar tugas2 penterjemahan dapat dilakukan atau dihasilkan dengan baik dan berkesan.
Itu sahaja daripada saya untuk minggu ini. See you soon 👋💖
FIKRIYAH-CERITA PENDEK HARTA KARUN YANG HILANG.
ASSALAMMUALAIKUM for all kesayangan saya yang tengah baca blog saya ni. Wee meet again guys . So here are the "sebuah cerita pendek tentang harta karun yang hilang dalam bahasa arab" dan ada translate dia sekali. semoga korang dapat mengambil iktibar dari kisah ini. Enjoyy.
SEKIAN, TERIMA KASIH
TERJEMAHAN ARAB-MELAYU
Tajuk: Harta Karun Yang Hilang
Telah diceritakan bahawa
terdapat seorang lelaki yang mempunyai 7 orang anak. Lelaki tersebut mahu
memastikan ketujuh orang anaknya mempunyai pendapatan selepas kematiannya. Maka
anak-anaknya mengelinginya ketika ajalnya hampir menjemputnya, lalu si dia
berkata:
Aku telah menyembunyikan sesuatu yang
sangat berharga di dalam tanah untuk kamu semua. Jadi selepas kematian kelak,
keluarkanlah harta tersebut untuk kamu gunakan dalam Kehidupan kamu. Maka
setelah kematian bapanya, anak-anaknya terus menggali tanah yang berukuran
sejengkal, akan tetapi mereka tidak menjumpai harta karun tersebut, dan mereka
sengaja gali dan kemudian mencuba dan mencuba. Kemudian mereka melihat tanah
yang telah digalinya, maka mereka bersepakat untuk menanam gandum dan mereka
terus melakukannya.
Maka mengeluarkan tanah akan gandum yang
banyak, mereka telah makan separuh
daripada hasil gandum tersebut dan mereka menjual sebahagiannya yang lain. Mereka
juga menjalani kehidupan dengan hasil gandum tersebut dengan baik dan
sesungguhnya mereka mengetahui bahawa tanah adalah harta karun yang telah
diceritakan oleh ayah mereka.
Kuliah Kedua-Afiqah
Jumpa lagi kita guys....👋😀
Assalamualaikum rindu saya tak hehehe... ok baiklah ..kita sambung topik pembelajaran yang saya belajar pada minggu mengenai Kelayakan Penterjemah. Menurut yang saya belajar dan faham dari topik ini, seseorang itu tidaklah dipanggil sebagai penterjemah yang baik sekiranya dia hanya mengetahui dua bahasa sahaja. Malah seseorang tersebut perlulah memenuhi beberapa syarat bagi melayakkan seseorang itu digelar sebagai penterjemah yang baik antaranya ialah mengetahui bahasa sumber, bahasa sasaran, mengetahui topik atau subjek yang akan diterjemahkan, teori terjemahan dan sasaran atau menarik minat pembaca. Dalam pada itu juga, penterjemah yang baik perlulah mempunyai fikiran yang terbuka, ingatan yang baik, minat yang mendalam dalam kegiatan peterjemahan ini, boleh bekerja sendiri tanpa perlu bergantung kepada penterjemahan orang lain, tidak malu bertanya serta mempunyai sifat jujur dan amanah dalam melakukan sesuatu penterjemahan ini. Sebagai penterjemah mereka sudah pastinya akan dibelenggu perasaan, prasangka, nilai, selera dan sikap tertentu apabila melihat sesuatu teks yang hendak diterjemahkan. Penterjemah hendaklah mengelakkan daripada mengalami masalah2 peribadi seperti berikut:
-tidak objektif terhadap maklumat dalam teks asal
-tidak memahami ciri2 alamiah bahasa
-terlalu yakin kepada bahasa sendiri
-tidak memahami proses komunikasi bahasa
-anggapan yang salah berkenaan dengan tugas2 penterjemah dan matlamat penterjemah.
Oleh itu, sebagai penterjemah perlulah melengkapkan diri mereka dengan syarat2 serta kebolehan yang ditetapkan bagi menghasilkan sesuatu terjemahan yang baik. Baiklah itu sahaja daripada saya... wait for my next blog okay...😉
Lots of love from Afiqah💓
FIKRIYAH-MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA
"Unsur Budaya"👯👫👭
Assalammualaikum semua, berjumpa lagi kita di minggu ni. so guys guess what? harini, teka I belajar apa?...eheheh actually today kuliah pertama yg ada present . Dr saya pick up 6 orang terus untuk satu pembentangan...huhhh.nasib saya tak kene present untuk minggu ni.hahah but is still 5 days Left. so scaredd..hhaha.so guys I ada nak share sikit lah dkt you alls semua ap yg I belajar harini. so firstly I belajar tentang unsur budaya .actually, Budaya banyak takrifan dia salah satunya jika mengikut (kamus dewan) budaya ni adalah satu tamadun atau peradaban tetapi jika menurut (Edward B,Tylor 1974),budaya merupakan sesuatu keseluruhan yang komples, iaitu apa segala perkara yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, hukum dan adat istiadat dan terdapat banyak lagi pendapat pendapat akan maksud budaya ni. so guys saya nak bagitahu you alls semua yang bahasa dan budaya adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan.
Hal ini adalah bagi menjadikan suatu terjemahan itu bermutu tinggi dan ingin memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca mengenai orang, benda, perkadaran budaya asing dan sebagainya. Budaya juga terbahagi kepada 4 bahagian, iaitu Budaya Ekologi, Budaya Sosial, Budaya Ideologi dan Budaya Material. So Saya akan bagitahu Budaya Ekologi ni dahulu, alright budaya Ekologi ni,ia adalah perkara yang berkaitan persekitaran, tingkah laku manusia, dan perbezaan antara dua manusia. nak cakap dekat sini yang setiap negara ada dia punya budaya ekologi masing2. so penterjemah ada yang tak dapat nak menterjemahkan satu ayat tu. alright saya bagi contoh, contoh persekitaran arab iklim dia tak sama macam dekat malaysia, tempat mereka kering, berpadang pasir walhal, permukaan bumi di malaysia pula, hutan tropika, banyak pandangan hijau jadi tak semua perkara ada terjemahan dalam bahasa arab dia .haa like that. ok yang ke-2 pulak Budaya sosial, pulak dia berkait rapat dengan adat resam dan kepercayaan masyarakat tu. contohnya makanan nasi lemak, orang arab tak makan nasi lemak..so dia tidak diterjemahkan ke dalam bahsa arab.haa fahm kannn.:)
ok yang ke-3 pula Budaya Ideologi, budaya iedeologi ni dia berkait dengan agama, kepercayaan, adat resam dan politik and selalunya perkara yang macam ni sukar untuk diterjemahkan kerana ianya melibatkan emosi. haa faham kan , kalau tak faham you alls boleh tinggalkan komen kat bwh ni ok? and lastly kita ada Budaya material its all about kebendaan like mcm contoh kereta , dekat malaysia ada bermacam-macam jenis kereta such as proton saga, myvi haa nama kereta2 ni tiada di negara Arab so ianya tak diterjemahkan ke dalam bahasa arab pun. Haaa itu saja.cukup4 budaya yang I nak share dkt You Alls semua. and akhir sekali I nak ckp If you guys rasa ragu-ragu or tak tahu how to terjemahkan satu ayat tu, you alls boleh tengok kamus or dw je apps kamus mukjam or you alls boleh rujuk ustaz2 dan ustazah 2 yang pakar dalam bahasa Arab ni.mcm saya, saya ada Dr maheram yg tercinta untuk jadi rujukan sya.hhahaha.ok guys so thats all from me today....jumpa lagiii...
Kuliah Pertama-Afiqah
Hai assalamualaikum saya kembali lagi..👋
Mesti kawan2 dah tak sabar2kan nak dengar apa topik pembelajaran yang akan saya kongsikan pada minggu ini? haa... Topik yang saya pelajari minggu ini ialah Penterjemahan Bahasa Melayu: Sejarah, Teori, dan Pendekatan. Topik ini membincangkan tentang bilakah bermulanya kegiatan penterjemahan ini, siapakah yang terlibat dalam kegiatan penterjemahan serta konsep atau definisi penterjemahan. Jika bercakap tentang definisi penterjemahan, ia merupakan satu proses memindahkan sesuatu daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Ia juga membawa makna satu persembahan teks dalam bahasa yang berlainan daripada tulisan asalnya. Selain itu, pemindahan makna dari satu simbol ke satu simbol yang lain. Kawan2 tau tak apa itu teori terjemahan?
Teori ialah kenyataan tentang prinsip umum, yang bertujuan untuk menjelaskan sesuatu fakta, peristiwa atau fenomena. Terdapat empat ciri utama yang perlu kawan2 ketahui iaitu:
- Empirisime bermaksud mestilah diuji
- Determinisme bermaksud mestilah boleh diramal
- Kehematan bermaksud mestilah mudah
- Keumuman bermaksud mestilah tuntas
Daripada teori ini dapat disimpulkan bahawa ia merupakan satu cabang ilmu yang menghuraikan aspek2 bahasa.
Sekian itu sahaja untuk minggu ini. Semoga anda semua mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini. Aamiin
Lots of love from Afiqah 💋
Sunday, 21 April 2019
FIKRIYAH-BELAJAR PERBUALAN HARIAN DALAM BAHASA ARAB
Its been a long time I tak tulis blog. Well guys I am too busy growing up here. and Alhamdulillah on this time I try to give my subject yg I study untuk weeks 7 . So here are my subject. Hope You guys can use this ilmu abadan!
Terjemahkan ayat-ayat di bawah ke bahasa Arab
1.Boleh Ambilkan Saya Secawan Teh ?
لو سمحت ﺧﺫني فنجان من الشاي.
2. Siapa Kata Saya Penakut ?
من قال بأنني خواف/جبان.
3. Dengan Ini Dimaklumkan Bekalan Air Akan Tergendala
Di Bandar
Baru Bangi Selama Dua Minggu. Oleh Itu,
Penduduk Yang Terlibat
Diminta Menyimpan Air Yang Secukupnya.
ﺑﻬﺫا أعلن أمدادات المياه تعطل في بندر بارو
باغي لمدة أسبوعين ﺑﺫالك يحتاج السكان
أن يخزن ما يكفي من الماء.
4. Ada Virus Dalam Komputer.
هناك الفيروس في الكمبيوتر.
5. Angin Ialah Udara Yang Bergerak.
الرياح هي الهواء المتحرك.
6. Benar Bahawa Manusia Mempunyai Roh.
حقا, أن الناس له الروح.
7. Baiklah, Awak Boleh Pergi Sekarang.
حسنا, يمكنك أن ﺘﺫهبي الان.
8. Saya Tidak Pernah Berkata Begitu.
لم أقل ﺫلك أبدا.
9.
Saya Tidak Setuju.
أنا غير موافقة/ لا أوافق
10. Benarkan Semua Bangau Putih?
هل صحيح أن مليك الحزين كل أبيض الون.
11. Apa Khabar Ayah Awak?
كيف حال والدِك؟
12. Ada Berapa Inci Dalam Satu Kaki?
كم بوصة في قدم واحد؟
13. Perbuatan Mencuri Adalah Berdosa.
السارقة ﺫنب من اﻠﺫنوب
14. Serang!
هجوم!
15. Hapuskan Mereka !
اقتلهم!
16. Oh! Tuhan, Ampunkanlah Doasaku Selama Ini.
اللهم اغفرلي ﺫنوبي.
17. Aku Sumpah Kau Jadi Batu.
ألعنك أن تصبح الصخرة
Nurul Fikriyah
Friday, 19 April 2019
Zahra: MENTERJEMAH FUNGSI AYAT
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, dengan izin dan rahmatnya dapat kita berjumpa sekali lagi di hari jumaat yang penuh barakah ini. Baiklah, tanpa membuang masa mari kita bongkar dan dedah apa itu menterjemah fungsi ayat.
JOM!
JOM!
🌞Teori Penting: Teori Fungsi Ayat
🌞Ayat ada dua fungsi: bentuk dan
fungsi
🌞Contoh:Ayat Boleh ambilkan saya secawan teh ?
lBentuk:
Ayat Tanya/pertanyaan
lFungsi:
Suruhan
🌞Contoh: Siapa
kata saya penakut ?
lBentuk:
Tanya
lFungsi:
Cabaran
💮Terjemahan: menyalin semula makna, bukan
menyalin semula bentuk.
¢Tujuan ayat maklumat ialah untuk
memberitahu sesuatu.
Ayat maklumat terdiri daripada:
1. Ayat perisytiharan, termasuk
makluman, pengumuman, pemberitahuan.
2. ayat pernyataan
3. Ayat Takrifan
4. Ayat tegasan
5. Ayat Persetujuan termasuk keizinan
dan sokongan.
6. Ayat nafian
7. Ayat sangsian
8. Ayat pernyataan
9. Ayat nilaian
10. Ayat amaran
11. Ayat undangan
12. Ayat silaan
¢Ayat arahan ialah jenis kedua yang
banyak diterbitkan oleh manusia.
1. ayat perintah
2. ayat suruhan
3. ayat larangan
4. ayat panduan
5. ayat gesaan
6. ayat tawaran
7. ayat peraturan
¢Ayat Perasaan, dalam kajian makna, perasaan ialah
sejenis makna. Wajib disalin semula dalam terjemahan.
1. ayat marah
2. ayat sanjungan
3. ayat ejekan
4. ayat dukaan
5. ayat gembira
6. ayat sindiran
7. ayat cacian
8. ayat kutukan
9. ayat cabaran
10. ayat kejutan
Sebenarnya, ada banyak lagi yang perlu dikupas dan diterangkan dalam ni. Namun, sampai sini sahajalah entri untuk kali ni.
Assalamualaikum......
min: Fatimah Az Zahra Bt Mughni🍀
P/S: Fikr Bi Ghairik
Tuesday, 9 April 2019
Zahra: Frasa dan Peribahasa
🌄Assalamualaikum w.b.t
Bunga berseri kumbang merapat,
kumbang hitam suka menyengat.
Cahaya mentari terasa hangat,
tanda hidup harus semangat.
kumbang hitam suka menyengat.
Cahaya mentari terasa hangat,
tanda hidup harus semangat.
Selamat pagi rakan-rakanku sekalian, semoga sihat sentiasa. haa, kawan-kawan pernah dengar tak perkataan perumpamaan, bidalan, peribahasa, pepatah, atau seumpama dengannya?
Kalau pernah dengar, baguslah. hihi. tapi, bagi siapa yang tak pernah dengar tu satu kerugian yang amat besar tau sebab... negara kita yang tercinta ni mempunyai terlalu banyak peribahasa atau ayat-ayat kiasan ni yang diwarisi sejak turun temurun dari nenek moyang kita.
Kita perlulah berbangga dan berusaha mengekalkan tradisi kesenian ini supaya tidak ditelan zaman.
Jadi, apa kena mengena dengan tajuk kita harini?
harini, kita akan tengok secara asas apa itu yang dimaksudkan dengan frasa dan peribahasa?
Frasa: Frasa ialah unit yang boleh terdiri
daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan,
ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan
atau lebih.
´Dalam bahasa Arab dipanggil al-`ibarah, ataupun
al-tarkib.
cth: Burung merpati terbang
melayang
Peribahasa: Dalam
bukunya al-Amthal al-،Arabiyyah, ،Abd
al-Majid Qatamisy (1988/1402: 11) menjelaskan bahawa al-mathal
ialah:
(kata-kata
yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan semasa
menyerupai keadaan dahulu).
Peribahasa
Melayu terbahagi kepada empat jenis, iaitu perumpamaan, simpulan bahasa,
bidalan dan pepatah (Ab. Rahman Ab. Rashid et. al 2000: 69).
Perumpamaan
ialah perbandingan makna yang sangat jelas dan terang. Biasanya ia didahului
oleh kata pembanding seperti
1. bagai
2. laksana
3. umpama
4. ibarat
5. macam
6. seperti
7. seolah-olah
8. seakan-akan
baiklah, sampai disini sahaja perkongsian untuk harini. Semoga bermanfaat...
min: Fatimah Az Zahra Bt Mughni🍀
P/S: قَبْلَ الرَّمْيِ يُراشُ السَّهْمُ
sediakan payung sebelum hujan
sediakan payung sebelum hujan
Saturday, 6 April 2019
Zahra: KATA NAMA KHAS
🌈Assalamualaikum w.b.t
Harini saya ingin berkongsi kepada anda semua kepentingan menterjemah kata nama khas. Sebelum tu, kita perlu tahu apa itu kata nama khas.
🥀Kata Nama Khas merujuk kepada kepada rujukan khusus sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, dan seumpamanya.
🥀Menterjemah kata nama khas penting kerana:
- mempunyai makna tersendiri
- terkandung maklumat yang tidak dapat dilihat secara tersurat
- merujuk kepada fungsi dan makna tertentu-perlu difahami berdasarkan budayanya
- misalnya: Pak Pandir dalam BM, dan Hatim al-Ta'i dalam BA
🥀 Antara Kata Nama Khas yang selalu dititikberatkan penggunaannya adalah seperti berikut:
- Nama Institusi atau Organisasi
- Nama Jawatan atau Gelaran
- Nama Judul atau Peristiwa
Sebagai konklusinya, terdapat tiga cara yang paling utama dalam menterjemah kata nama khas iaitu:
- Kita perlu mengekalkan kata nama asal dengan kata lain TIDAK DITERJEMAHKAN.
- Menggantikan kata nama asal (DITERJEMAHKAN MENGGUNAKAN TEKNIK PINJAMAN TERJEMAHAN, PINJAMAN CAMPURAN DLL)
- Menggugurkan terus kata nama itu.
Sekian sahaja pembelajaran kita pada hari ini, jumpa di lain waktu.
assalamualaikum....
min: Fatimah Az Zahra bt Mughni🍀
P/S: الوَقْتُ أَثْمَنُ مِنَ الذَّهَبِ
min: Fatimah Az Zahra bt Mughni🍀
P/S: الوَقْتُ أَثْمَنُ مِنَ الذَّهَبِ
Subscribe to:
Posts (Atom)
Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka
Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...
-
Assalammualaikum harini saya share tentang cara kita ingin menterjemah nama khas. Perkara di bawah ni saya terangkan cara-cara dia okay.😸...