Wednesday, 24 April 2019
Kuliah Kelapan-Afiqah
Ehem,, bismillah kembali saya lagi untuk topik seterusnya.. harini takde introduction apa sebab takde mood sebenarnya nk buat blog tapi still kena buat jugak sebab nak kongsi ilmu dengan kawan2 kan, *take a deep breathe*.. okay saya start sekarang 😁
Topik minggu ni sangat menarik bagi saya kerana saya kita akan belajar bentuk dan fungsi2 ayat seperti ayat tanya, suruhan, soalan, dan sebagainya.
Misalnya, ayat Boleh ambilkan saya secawan teh?
Bentuk: Jenis ayat tanya/pertanyaan
Fungsi: Suruhan
atau
ayat Siapa kata saya penakut
Bentuk: Jenis ayat tanya
Fungsi: Cabaran
Dalam terjemahan perlulah menyalin semula makna bukan menyalin semula bentuk. Salah satu kesilapan terjemahan ialah penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang sama mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza. Fungsi ayat ditentukan oleh ayat. Manakala dari sudut makna terbahagi kepada tiga jenis iaitu, ayat maklumat, ayat perasaan dan ayat arahan. Ayat maklumat seperti ayat pengisytiharan, makluman, pengumuman dan pemberitahuan. Contoh: Ada virus dalam komputer. Ayat arahan pula berbentuk sesuatu suruhan atau perintah. Contoh: Ambilkan secawan kopi atau hantarkan kereta sekarang juga. Ayat perasaan merujuk kepada atau menggambarkan perasaan yang dialami oleh seseirang. Contoh: Kalau ikutkan hati saya bunuh awak sekarang juga.
Kesimpulannya, sebagai penterjemah perlu beri perhatian kepada fungsi ayat agar makna yang dikehendaki oleh teks dapat dipindahkan kepada bahasa sasaran dengan baik dan tepat.
Itu sahaja sahring pada minggu ini. Harap dapat memberi manfaat kepada kawan2 semua. Semoga bertemu lagi guys dalam blog saya seterusnya 💖
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka
Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...
-
Assalammualaikum harini saya share tentang cara kita ingin menterjemah nama khas. Perkara di bawah ni saya terangkan cara-cara dia okay.😸...
No comments:
Post a Comment