Tuesday, 23 April 2019

Kuliah Pertama-Afiqah


Hai assalamualaikum saya kembali lagi..👋



Mesti kawan2 dah tak sabar2kan nak dengar apa topik pembelajaran yang akan saya kongsikan pada minggu ini? haa... Topik yang saya pelajari minggu ini ialah Penterjemahan Bahasa Melayu: Sejarah, Teori, dan Pendekatan. Topik ini membincangkan tentang bilakah bermulanya kegiatan penterjemahan ini, siapakah yang terlibat dalam kegiatan penterjemahan serta konsep atau definisi penterjemahan. Jika bercakap tentang definisi penterjemahan, ia merupakan satu proses memindahkan sesuatu daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Ia juga membawa makna satu persembahan teks dalam bahasa yang berlainan daripada tulisan asalnya. Selain itu, pemindahan makna dari satu simbol ke satu simbol yang lain. Kawan2 tau tak apa itu teori terjemahan?
Teori ialah kenyataan tentang prinsip umum, yang bertujuan untuk menjelaskan sesuatu fakta, peristiwa atau fenomena. Terdapat empat ciri utama yang perlu kawan2 ketahui iaitu:


  • Empirisime bermaksud mestilah diuji
  • Determinisme bermaksud mestilah boleh diramal
  • Kehematan bermaksud mestilah mudah
  • Keumuman bermaksud mestilah tuntas

Daripada teori ini dapat disimpulkan bahawa ia merupakan satu cabang ilmu yang menghuraikan aspek2 bahasa.

Sekian itu sahaja untuk minggu ini. Semoga anda semua mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini. Aamiin 


Lots of love from Afiqah 💋




No comments:

Post a Comment

Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka

Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...