TERJEMAHAN ARAB-MELAYU
Tajuk: Harta Karun Yang Hilang
Telah diceritakan bahawa
terdapat seorang lelaki yang mempunyai 7 orang anak. Lelaki tersebut mahu
memastikan ketujuh orang anaknya mempunyai pendapatan selepas kematiannya. Maka
anak-anaknya mengelinginya ketika ajalnya hampir menjemputnya, lalu si dia
berkata:
Aku telah menyembunyikan sesuatu yang
sangat berharga di dalam tanah untuk kamu semua. Jadi selepas kematian kelak,
keluarkanlah harta tersebut untuk kamu gunakan dalam Kehidupan kamu. Maka
setelah kematian bapanya, anak-anaknya terus menggali tanah yang berukuran
sejengkal, akan tetapi mereka tidak menjumpai harta karun tersebut, dan mereka
sengaja gali dan kemudian mencuba dan mencuba. Kemudian mereka melihat tanah
yang telah digalinya, maka mereka bersepakat untuk menanam gandum dan mereka
terus melakukannya.
Maka mengeluarkan tanah akan gandum yang
banyak, mereka telah makan separuh
daripada hasil gandum tersebut dan mereka menjual sebahagiannya yang lain. Mereka
juga menjalani kehidupan dengan hasil gandum tersebut dengan baik dan
sesungguhnya mereka mengetahui bahawa tanah adalah harta karun yang telah
diceritakan oleh ayah mereka.
No comments:
Post a Comment