So for sure, today I akan ajar You alls cara mudah Nak menterjemah Fungsi ayat, so I nak bagitahu yang sebenarnya "Fungsi ayat ditentukan oleh suatu ayat itu sendiri" Lets say! Dari sudut Makna, ayat terbahagi kepada 3 jenis, iaitu ayat Maklmat, ayat Perasaan dan ayat Arahan. The first Thing saya nak beritahu akan.
Ayat Maklumat
ayat Maklumat, ayat malumat ni adalah ayat yg paling mudah untuk diterjemahkan. Dia macam message yang terus kita nak sampaikan dkt orang. Iaitu ayat2 yang merangkumi:
1. Ayat Pengumuman (pengisytiharaan, pemberitahuan)
2. Ayat Pernyataan
3. Ayat Takrifan (Definisi, penjelasan,penerangan)
4. Ayat tegasan
5. Ayat Persetujuan (keizinan, sokongan)
6. Ayat
nafian (bangkangan, bantahan,tentangan)
7. Ayat Sangsingan (keraguan, prasangka)
8. Ayat Tanyaan ( soalan)
9. Ayat Nilaian( pendapat, cita Rasa)
10.Ayat Sudut Pandangan
11.Ayat Syarataan
12.Ayat Cerita (Pemerian)
13. Ayat Janji (Ikrar & Sumpah)
Ayat Arahan
mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu suruhan atau perintah. Ayat ini juga jenis kedua yang banyak diterbitkan Oleh Manusia. Contoh ayat arahan ia merangkumi :
1. Ayat Perintah
2. Ayat Suruhan
3. Ayat Larangan (Tegahan)
4.Ayat Panduan
5. Ayat Amaran (Ancaman)
6. Ayat Undangan
7. Ayat Silaan
8. Ayat Ajakan
9. Ayat Gesaan
10. Ayat Tawaran
11. Ayat Peraturan
Ayat Perasaan
Sejenis ayat yang sukar diterjemahkan kerana ia mengandungi perkataan emotif sendiri. Ayat ini juga tidak mempunyai maklumat dan tidak bermaksud megkehendaki orang lain melakukan sesuatu. Selain itu, Ciri utama perasaan ialah nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat tersebut. Seterusnya, perasaan di dalam komunikasi timbul kerana 2 Faktor iaitu Reaksi kita terhadap maklumat yang diterima dan Reaksi kita terhadap cara maklumat itu disampaikan.Contoh Ayat Perasaan merangkumi:
1. Ayat Marah
2. Ayat Gembira
3. Ayat Sanjungan
4. Ayat Ejekan
5. Ayat Dukaan
6. Ayat Sindiran
7. Ayat Cacian
8. Ayat Kutukan
9. Ayat Cabaran
10. Ayat Kejutan
11. Ayat Sesalan
12. Ayat Sumpahan
13. Ayat Bujukan
Thats all guys from me to you. Khulasoh yg boleh saya sampaikan is waktu kita terjemahkan satu ayat tu we should teliti tengok bentuk fungsi ayat dia supaya makna dia tak lari dan teks juga dapat dipindahkan ke dalam bahasa sasaran dengan baik.👍💕
Semoga Bermanfat. Sekian.
"ليس العلم ما حفظ انما العلم ما نفع"
Sesungguhnya ilmu itu bukanlah yang Dihafal tetapi memberi Manfaat.
No comments:
Post a Comment