Tuesday, 23 April 2019
Kuliah Kedua-Afiqah
Jumpa lagi kita guys....👋😀
Assalamualaikum rindu saya tak hehehe... ok baiklah ..kita sambung topik pembelajaran yang saya belajar pada minggu mengenai Kelayakan Penterjemah. Menurut yang saya belajar dan faham dari topik ini, seseorang itu tidaklah dipanggil sebagai penterjemah yang baik sekiranya dia hanya mengetahui dua bahasa sahaja. Malah seseorang tersebut perlulah memenuhi beberapa syarat bagi melayakkan seseorang itu digelar sebagai penterjemah yang baik antaranya ialah mengetahui bahasa sumber, bahasa sasaran, mengetahui topik atau subjek yang akan diterjemahkan, teori terjemahan dan sasaran atau menarik minat pembaca. Dalam pada itu juga, penterjemah yang baik perlulah mempunyai fikiran yang terbuka, ingatan yang baik, minat yang mendalam dalam kegiatan peterjemahan ini, boleh bekerja sendiri tanpa perlu bergantung kepada penterjemahan orang lain, tidak malu bertanya serta mempunyai sifat jujur dan amanah dalam melakukan sesuatu penterjemahan ini. Sebagai penterjemah mereka sudah pastinya akan dibelenggu perasaan, prasangka, nilai, selera dan sikap tertentu apabila melihat sesuatu teks yang hendak diterjemahkan. Penterjemah hendaklah mengelakkan daripada mengalami masalah2 peribadi seperti berikut:
-tidak objektif terhadap maklumat dalam teks asal
-tidak memahami ciri2 alamiah bahasa
-terlalu yakin kepada bahasa sendiri
-tidak memahami proses komunikasi bahasa
-anggapan yang salah berkenaan dengan tugas2 penterjemah dan matlamat penterjemah.
Oleh itu, sebagai penterjemah perlulah melengkapkan diri mereka dengan syarat2 serta kebolehan yang ditetapkan bagi menghasilkan sesuatu terjemahan yang baik. Baiklah itu sahaja daripada saya... wait for my next blog okay...😉
Lots of love from Afiqah💓
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka
Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...
-
Assalammualaikum harini saya share tentang cara kita ingin menterjemah nama khas. Perkara di bawah ni saya terangkan cara-cara dia okay.😸...
No comments:
Post a Comment