Friday, 19 April 2019

Zahra: MENTERJEMAH FUNGSI AYAT

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, dengan  izin dan rahmatnya dapat kita berjumpa sekali lagi di hari jumaat yang penuh barakah ini. Baiklah, tanpa membuang masa mari kita bongkar dan dedah apa itu menterjemah fungsi ayat.

JOM!

๐ŸŒžTeori Penting: Teori Fungsi Ayat
๐ŸŒžAyat ada dua fungsi: bentuk dan fungsi
๐ŸŒžContoh:Ayat Boleh ambilkan saya secawan teh ?
lBentuk: Ayat Tanya/pertanyaan
lFungsi: Suruhan
๐ŸŒžContoh: Siapa kata saya penakut ?
lBentuk: Tanya
lFungsi: Cabaran

๐Ÿ’ฎTerjemahan: menyalin semula makna, bukan menyalin semula bentuk. 
¢Tujuan ayat maklumat ialah untuk memberitahu sesuatu.
Ayat maklumat terdiri daripada:
1. Ayat perisytiharan, termasuk makluman, pengumuman, pemberitahuan.
2. ayat pernyataan
3. Ayat Takrifan
4. Ayat tegasan
5. Ayat Persetujuan termasuk keizinan dan sokongan.
6. Ayat nafian
7. Ayat sangsian
8. Ayat pernyataan
9. Ayat nilaian
10. Ayat amaran
11. Ayat undangan
12. Ayat silaan

¢Ayat arahan ialah jenis kedua yang banyak diterbitkan oleh manusia. 
1. ayat perintah
2. ayat suruhan
3. ayat larangan 
4. ayat panduan
5. ayat gesaan 
6. ayat tawaran
7. ayat peraturan

¢Ayat Perasaan, dalam kajian makna, perasaan ialah sejenis makna. Wajib disalin semula dalam terjemahan. 
1. ayat marah
2. ayat sanjungan
3. ayat ejekan
4. ayat dukaan
5. ayat gembira
6. ayat sindiran
7. ayat cacian
8. ayat kutukan
9. ayat cabaran
10. ayat kejutan

Sebenarnya, ada banyak lagi yang perlu dikupas dan diterangkan dalam ni. Namun, sampai sini sahajalah entri untuk kali ni. 
Assalamualaikum......

min: Fatimah Az Zahra Bt Mughni๐Ÿ€
P/S: Fikr Bi Ghairik








































No comments:

Post a Comment

Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka

Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...