Tuesday, 23 April 2019

Kuliah Kelima-Afiqah



Hai assalamualaikum saya kembali lagi guysss....semua sihat? Saya pun sihat juga Alhamdulillah..😊

Okay baiklah tanpa membuang masa or amik masa korang lama untuk baca introduction saya, saya mulakan sharing saya dengan topik yang saya pelajari pada minggu ini iaitu Menterjemah Kata Nama Khas. Mesti semua tahu kan kata nama khas ini apa? Sebab kita memang dah belajar daripada tadika lagi. So dah masuk U nih kita blajar lagi untuk menguatkan pengetahuan kita tentang kata nama khas yang akan kita praktikkan semasa melakukan terjemahan. Seperti yang kita sedia maklum, kata nama khas ni merujuk kepada orang, haiwan, undang2, bangsa, bahasa, dan sebagainya. Kalau dalam bahasa melayu, kata nama khas terbahagi kepada dua bahagian iaitu kata nama khas hidup dan tak hidup. Jika nama orang, tidak perlu diterjemahkan. Tetapi hanya menukarkan nama orang seperti محمد kepada Muhammad dan memulakan perkataan dengan huruf besar. Seterusnya jika terjemah nama negara, bandar dan tempat, perlu mengekalkan nama bahasa sumber dan menggantikan nama dalam bahasa sumber. Contoh: Middle East-Asia Barat. Adapun sesetengah tempat dan bandar dalam Bahasa Arab ditulis dalam Bahasa Inggeris dengan kata nama yang huruf latinnya berbeza sama sekali dengna pedoman huruf Arab yang asal seperti al-Qahirah (BA)- Cairo (BI)- Kaherah (BM).

Okay itu sahaja sharing saya pada minggu ini. Maaf kalau ade yang tak faham😅 Saya akan cuba upload blog seterusnya secepat mungkin, stay tuned okay guyss...bye 👋💖

No comments:

Post a Comment

Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka

Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...