🌄Assalamualaikum w.b.t
Bunga berseri kumbang merapat,
kumbang hitam suka menyengat.
Cahaya mentari terasa hangat,
tanda hidup harus semangat.
kumbang hitam suka menyengat.
Cahaya mentari terasa hangat,
tanda hidup harus semangat.
Selamat pagi rakan-rakanku sekalian, semoga sihat sentiasa. haa, kawan-kawan pernah dengar tak perkataan perumpamaan, bidalan, peribahasa, pepatah, atau seumpama dengannya?
Kalau pernah dengar, baguslah. hihi. tapi, bagi siapa yang tak pernah dengar tu satu kerugian yang amat besar tau sebab... negara kita yang tercinta ni mempunyai terlalu banyak peribahasa atau ayat-ayat kiasan ni yang diwarisi sejak turun temurun dari nenek moyang kita.
Kita perlulah berbangga dan berusaha mengekalkan tradisi kesenian ini supaya tidak ditelan zaman.
Jadi, apa kena mengena dengan tajuk kita harini?
harini, kita akan tengok secara asas apa itu yang dimaksudkan dengan frasa dan peribahasa?
Frasa: Frasa ialah unit yang boleh terdiri
daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan,
ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan
atau lebih.
´Dalam bahasa Arab dipanggil al-`ibarah, ataupun
al-tarkib.
cth: Burung merpati terbang
melayang
Peribahasa: Dalam
bukunya al-Amthal al-،Arabiyyah, ،Abd
al-Majid Qatamisy (1988/1402: 11) menjelaskan bahawa al-mathal
ialah:
(kata-kata
yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan semasa
menyerupai keadaan dahulu).
Peribahasa
Melayu terbahagi kepada empat jenis, iaitu perumpamaan, simpulan bahasa,
bidalan dan pepatah (Ab. Rahman Ab. Rashid et. al 2000: 69).
Perumpamaan
ialah perbandingan makna yang sangat jelas dan terang. Biasanya ia didahului
oleh kata pembanding seperti
1. bagai
2. laksana
3. umpama
4. ibarat
5. macam
6. seperti
7. seolah-olah
8. seakan-akan
baiklah, sampai disini sahaja perkongsian untuk harini. Semoga bermanfaat...
min: Fatimah Az Zahra Bt Mughni🍀
P/S: قَبْلَ الرَّمْيِ يُراشُ السَّهْمُ
sediakan payung sebelum hujan
sediakan payung sebelum hujan
No comments:
Post a Comment