Wednesday, 24 April 2019

Kuliah Kesembilan-Afiqah



Assalamualaikum dan selamat malam guyss.. aha tak pernah2 saya ucap selamat malam kan๐Ÿ˜‚


Tanpa membunag masa, saya akan share topik menarik yang saya belajar minggu nih. guess what? haa..tajuknya ialah Menterjemah Unsur Budaya. Budaya berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu buddhayah atau lebih disebut sebagai culture. Budaya juga membawa maksud tamadun, peradaban, cara berkelakuan, kemajuan, kebudayaan, manakala kebudayaan pada keseluruhannya merupakan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Tujuan kebudayaan adalah untuk mensosialkan anggota masyarakat yang baru supaya menjadi orang yang berfungsi dalam masyarakat. Bahasa mungkin tidak boleh dipisahkan dengan budaya kerana penterjemahan turut melibatkan budaya. Budaya terbahagi kepada empat iaitu budaya ekologi, budaya sosial, budaya ideologi, budaya material.

Budaya ekologi mengkaji tentang makhluk hidup di habitatnya seperti persekitaran. kalau persekitaran merujuk kepada perbezaan antara keadaan cuaca/muka bumi dengan tumbuhan dan binatang (makanan). Contoh lain: budaya arab permukaan buminya kering, berbatu bata, berpadang pasir dan musim sejuk. Budaya melayu pula permukaan buminya hutan tropika, pemandangan yang menghijau, taburan hujan yang tinggi dan banjir yang besar.

Budaya ideologi pula berkait dengan agama, kepercayaan, adat resam dan politik. Biasanya teks berbentuk ini lebih sukar diterjemahkan kerana melibatkan emosi.

Jadi dapat disimpulkan bahawa perbezaan budaya antara dua masyarakat ini membuatkan terjemahan menjadi lebih sukar kerana ada sesetengah perkataan yang digunakanoleh masyarakat Arab tidak mempunyai padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu dan ada kalanya tidak ada padanan langsung.

Maaf atas segala kekurangan daripada perkongsian ini. Harap serba sedikit dapat bantu kawan2 semua untuk lebih faham tentang topik ini kerana ia kelihatan rumit untuk difahami pada awalnya.
Wait for my next blog okay guyss.. Much loves from me ๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹byeee

No comments:

Post a Comment

Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka

Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...