Tuesday, 23 April 2019
Kuliah Ketiga-Afiqah
Bismillah, we meet again guys,, 😆😋korang semua sihat ke? Saya sihat je ni Alhamdulillah😃
Topik yang akan saya sharing degan anda semua ialah Proses Menterjemah. Terdapat enam proses penterjemahan yang perlu anda ikuti. Yang pertama ialah ialah proses analisis,ia bermaksud pencarian makna yang melibatkan kotak memori dan kamus. Penterjemah perlulah mencari makna perkataan, ayat dan seluruh wacana. Yang kedua ialah mengetahui proses pemindahan kerana ia merupakan perkara penting dalam proses penterjemahan. Ia dipindahkan ke bentuk sasaran dan berlaku dalam fikiran penterjemah. Kemudian, menstruktur semula iaitu teks hendaklah distruktur semula mengikut struktur bahasa sasaran. Gaya bahasa yang digunakan juga perlulah memudahkan pembaca memahami teks terjemahan itu dengan mudah. Ketiga ialah proses memriksa. Penterjemah boleh melakukan sendiri dan merujuk kepada pakar bidang. Baca teks terjemahan dengan lantang sambil bersemuka dengan orang lain. Seterusnya menyemak. Teks terjemahan dianggap sebagai sebuah teks sendiri. Tugas pemeriksa dan penyemak kerap bertindan. Yang terakhir ialah menyunting iaitu membuaag bahan yang tidak diperlukan dan mewujudkan gaya yang seragam sekiranya teks itu diterjemahkan oleh orang lain. Kesimpulannya, semua proses perlulah difahami dengan baik agar tugas2 penterjemahan dapat dilakukan atau dihasilkan dengan baik dan berkesan.
Itu sahaja daripada saya untuk minggu ini. See you soon 👋💖
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka
Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...
-
Assalammualaikum harini saya share tentang cara kita ingin menterjemah nama khas. Perkara di bawah ni saya terangkan cara-cara dia okay.😸...
No comments:
Post a Comment