Saturday, 25 May 2019

FIKRIYAH- MASALAH MAKNA DALAM TERJEMAHAN

 Selamat malam semua, kawan-kawan yang kusayangi di blog ini, this is my last i've write on my blog. But do not worry if I rajin I will always story and share segala ilmu yg I belajar dkt UKM ni. so today our dirasah is? masalah makna dalam terjemahan. is not hard like you thought guys.
Image result for GAMBAR MENTOL

Makna perkataan dipengaruhi oleh:

1)posisi dalam ayat.
2)Bidang ilmu.
3)Situasi pemakaian dan budaya penutur.

Example:

Makna chair berubah mengikut posisi dan konteks pemakaiannya. Contoh:


1.He sat on the chair.
2.He has the chair of philosophy at the university.
3.He will chair the meeting.
4.He was condemmed to the chair.

Apabila diterjemahkan:

Dia duduk di atas kerusi.
Dia dilantik menduduki kerusi mahaguru ilmu falsafah di universiti itu.
Dia akan mempengerusikan mesyuarat itu.
Dia dihukum mati di kerusi elektrik.



Oleh itu, dalam menterjemahkan sesuatu ayat perlulah dilihat dari 3 aspek seperti yang I 
telah sebutkan di atas tadi. 




SELAMAT MAJU JAYA-












Zahra: MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA



MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA


Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar semua. Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Ramadhan Kareem. Kali ini, saya ingin berkongsi maklumat mengenai menterjemah unsur budaya. Nak tahu? Silalah baca penerangan di bawah.

Pengenalan:
Bahasa sumber dan bahasa sasaran merupakan dua bahasa yang berbeza, baik dari segi sistem kebahasaan, seperti sistem nahu, morfologi, fonetik dan fonologi, dan semantik, mahupun aspek yang melibatkan budaya.

Definisi Budaya:
¢  berasal drp bahasa Sanskrit, iaitu ‘buddhayah’.
¢  disebut sebagai ‘culture’, yang berasal dari Latin iaitu‘Colere’, yang membawa maksud ‘mengerjakan’, atau dengan lebih jelas ia bermaksud ‘bertani’ (http://id,wikipedia.org/wiki/Budaya)
¢  Budaya ialah ‘tamadun’, ‘peradaban’, ‘cara berkelakuan’ (berfikir dan sebagainya), ‘kemajuan’ (akal budi), ‘kebudayaan’, manakala ‘kebudayaan’ pula adalah keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan, akal budi dan lain-lain (Kamus Dewan 1992: 65) .

Sifat Kebudayaan:
¢  Dipelajari oleh anggota masyarakat.
¢  Tidak boleh diterima melalui baka atau warisan.
 Dipraktikkan secara bersama oleh anggota masyarakat.

Fungsi Kebudayaan:
¢  Mensosialkan anggota masyarakat yang baru supaya menjadi orang yang berfungsi dalam masyarakat.
¢  Menjaga dan mengawal anggotanya dengan kawalan sosial, norma dan nilai masyarakat.
¢  Meneruskan peraturan antara sesama anggotanya dan antara anggotanya dengan orang luar.
¢  Perangsang kepada anggotanya untuk meneruskan masyarakatnya (Abdul Rahman Nawas dll, 1995).

Dua aspek yang perlu diterjemahkan dengan cara yang berbeza:

1. Terjemahan Bahasa: Bagi menghasilkan terjemahan yang bermutu tinggi, penterjemah perlu menggunakan bahasa sebagaimana yang digunakan oleh penutur asal.

2. Terjemahan Budaya: Terjemahan yang bermutu tinggi adalah terjemahan yang dapat memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkaradan budaya asing. Oleh itu, unsur-unsur budaya asal wajib dikekalkan.

Pembahagian Budaya:
         Budaya Ekologi: tingkah lakuy manusia, bentuk muka bumi, cuaca dsb.
         Budaya Sosial: berkait dengan adat resam dan kepercayaan masyarakat.
         Budaya Ideologi: Berkait dengan agama, kepercayaan, adat resam dan politik. Biasanya, hal-hal ini lebih rumit diterjemahkan kerana ia melibatkan emosi.
         Budaya Material

Kesimpulan:
Pembaca sasaran tidak akan mengetahui budaya asal sekiranya budaya asal disesuaikan dengan budaya sasaran, tetapi sekurang-kurangnya pembaca sasaran akan dapat memahami teks terjemahan itu dengan lebih mudah. Seorag penterjemah perlu mempunyai kamus supaya senang untuk melakukan penterjemahan. Walaupun kamus tidak memberikan makna yang lengkap seratus peratus tetapi sekurang-kurangnya kamus memudahkan penterjemah menterjemah ayat.

Sekian sahaja dari saya, Assalamualaikum....


Min: Fatimah Az Zahra Bt Mughni🍀
p/s: من صبر ظفر

Monday, 20 May 2019

FIKRIYAH- PENTERJEMAHAN AL-QURAN

Good morning everyone, so hows your day guys? is that getting better yes or nah? the below of this is kalamullah or we call it as zikru. This is used by all muslimin and muslimat in this world. 

  





                     Definisi Terjemahan: Mengungkapkan makna sesuatu kata/teks dalam bahasa asal/pertama dengan kata-kata lain dalam bahasa kedua secara jujur dan setia kepada semua makna dan maksud yang terdapat dalam teks pertama. Menterjemah Al-Quran juga  Merupakan satu topik yg penting kerana mempunyai hubungan dgn al-Qur’an al-Karim, Pertama kali dibincangkan secara formal oleh sekumpulan ulama Islam Turki yg diketuai oleh Mustafa Sabri. dan mendapat perhatian serius dalam kalangan ulama Islam, cthnya di Mesir.

                          Berlaku khilaf dalam kalangan ulama Islam. Ada yang mengharuskan dan ada yang mengharamkan. Kaedah penterjemah terbahagi kepada 2 iaitu, Harfiah dan Tafsiriyyah. Penterjemahan  Harfiah adalah Memindahkan perkataan daripada bahasa asal kepada kata-kata lain yang sepadan dengannya dalam bahasa kedua/sasaran, di samping menjaga susunan, tarkib dan kedudukan kata asal itu dengan sepenuhnya dalam teks terjemahan. 
                
                         Manakala terjemahan Tafsiriyyah ialah Terjemahan yang tidak menjaga keserupaan/kesamaan (dari segi susunan perkataan, tarkib dan kedudukan perkataan) dengan teks asal. Aspek Yang dipentingkan ialah makna yang dimaksudkan dan tujuan teks asal itu dapat disampaikan dengan jelas dan lengkap. Ada yang memanggil terjemahan ini sebagai terjemahan ma`nawiyyah kerana ia bertujuan untuk menerangkan kata-kata dan makna teks asal itu dengan menggunakan bahasa lain, demi memenuhi tujuan teks asal itu ditulis.

                Salah tafsir al-Qur’an boleh berlaku disebabkan oleh Kekeliruan terhadap ayat mutashabihat, tidak mahir akan teknik dan kaedah mentafsir al-Qur’an, tidak menguasai bahasa Arab, mentafsir al-Qur’an secara ikut-ikutan, tidak memiliki anugerah kebijaksanaan, adanya sikap prejudis dan motif yang tersembunyi.

                        Akhir kalam, tugas menterjemah al-Qur’an tidak boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, bahkan penterjemah perlu memiliki syarat dan kelayakan tertentu, agar terjemahan/tafsiran yang dihasilkan tidak menyeleweng daripada ajaran dan isi kandungan al-Qur’an.

Ini sahaja daripada saya, Cik fikriyah.💛👍

FIKRIYAH- LARAS BAHASA

HELLO!💣

    Takrif: Satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari dan digunakan oleh manusia untuk       
           berhubung: 
                         •Alat perhubungan dan komunikasi.
                         •Alat untuk menyatakan perasaaan, melahirkan keinginan dan sebagainya.
                         •Bahasa mempunyai sistem yang heterogen.

           Ragam bahasa, terdapat pelbagai ragam atau variasi dalam sesuatu bahasa. Dalam sosiolinguistik, ragam bahasa yang timbul akibat penggunaan yang pelbagai diistilahkan sebagai laras.

             Kajian yang dibuat oleh ahli linguistik dan sosiolinguistik menimbulkan beberapa pandangan tentang konsep dan takrif laras bahasa. Selain itu, Nik safiah karim (1989: 2): … gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. sesuatu bahasa bermaksud variasi bahasa yang telah dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur

           Kesimpulan Takrif, Ada kata-kata yang menentukan taraf sosial penutur. Contoh: Perkataan beradu, santap, bersiram, murka, mangkat ada kaitan dengan istana dan sultan. Perkataan kuliah , semester, gugur dan tambah kursus ada kaitan dengan mahasiswa/i. Tepung naik sendiri, pukul telor hingga kembang adalah laras masakan.

                 Antara salah satu contoh laras yang akan saya ceritakan adalah Laras bahasa Media Massa seperti berita, bahasa yang paling mudah diterima, bahasa yang mudah, gaya tulisan jelas, dan ketepatan isi tulisan, ringkas, tepat dan padat, tidak mementingkan kata hubung dan tatabahasa, tidak menggunakan istilah teknikal dan khusus. Bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku, mengandungi judul dan teks. 

#Larasbahasa #semogamemberimanfaat

FIKRIYAH: PADANAN TERJEMAHAN

Assalammualaikum and hai semua, harini sis akan share tentang padanan terjemahan. Hope dapat tambahkan ilmu pengetahuan hampa semua kayyyy💥

       
                    Melalui konsep penterjemahan yang dikemukakan oleh Catford (1965), Nida (1964) dan Newmark (1981), dapatlah disimpulkan bahawa penterjemahan sebenarnya ialah kerja mencari padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata dalam teks sumber agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran.

                 Konsep padanan pula ialah Mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan. Terdapat juga 2 padanan iaitu padanan formal dan padanan dinamis.

                    Padanan formal Penterjemah berusaha sedaya upaya menghasilkan semula bentuk dan isi secara literal dan menepati makna sebagaimana yang diniatkan oleh penulis asal. Sebagai contoh: kata nama diterjemahkan ke bentuk kata nama, kata kerja diterjemahkan ke bentuk kata kerja dan seterusnya.
                 Padanan dinamis pula penterjemah hanya mementingkan reaksi dan penerimaan pembaca sasaran. Selain itu, Penterjemah tidak terikat dengan bentuk teks asal. Akhir sekali, Hasil terjemahan mempunyai bentuknya yang tersendiri.

             Bagi, menghasilkan terjemahan yang bersifat dinamik, penterjemah perlu membuat
pengubahsuaian dalam aspek tatabahasa iaitu dari segi ubah susunan perkataan, tukar bentuk 
kata daripada kata nama kepada kata kerja misalnya. Penyesuaian leksikal ada kalanya 
diperlukan. Juseteru, Menyesuaikan unsur anakronisme atau sesuatu yang ketinggalan zaman 
dengan sebaik mungkin.

#inisahajadaripadasaya  #Semogabergunaye #sampaikanilmuwalausatuayat

FIKRIYAH: Menterjemah Nama Khas


Assalammualaikum harini saya share tentang cara kita ingin menterjemah nama khas. Perkara di bawah ni saya terangkan cara-cara dia okay.😸

           DEFINISI:
- Merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, 
   institusi,undang-undang, bangsa, bahasa, dan seumpamanya.
Dalam tulisan bahasa Melayu (BM), huruf pertama ditulis dengan huruf 
   besar.
  •        Nama khas adalah yang mempunyai makna tidak boleh dKata iterjemahkan sama             sekali. 
  •         Jika penterjemah melakukan juga, bermakna dia telah melakukan kesalahan yang berat.

Contoh: Longman (BI) menjadi لونجمان (BA) bukannya رجل طويل dan Longman (BM). 
Contoh: Masjid Tanah (BM) menjadi مسجد تانه (BA) bukannya مسجد الأرض dan Masjid Tanah (BI).
             Pasir Puteh (BM) menjadi باسير بوتيه (BA) bukannya الرمل الأبيض dan Pasir Puteh (BI).
                    
  •        Selain ituMengekalkan nama bahasa sumber (tanpa perubahan atau perubahan seperti        ejaan, atau dengan keterangan tambahan).
  •        Menggantikan nama dalam bahasa sumber dengan padanan budaya yang memang wujud    dalam bahasa sasaran.
Contoh:    uDipindahkan secara pinjam terjemah atau pinjam campuran.
uMiddle East: Asia Barat
uSilk Route: Laluan Sutera
uAtlantik Sea: Laut Atlantik
uGuantanamo Bay: Teluk Guantanamo
uSwat Valley: Lembah Swat

FIKRIYAH-MENGENALI KATA GANTI NAMA

Assalammualaikum and hai everyone.💗. Semoga ilmu harini memberi manfaat kepada para pembaca.


    kata ganti nama terdiri daripada 2 iaitu: 

   1. Muzakkar
   2. Muannath

  kata ganti nama melayu juga terbahagi kepada 2 iaitu:

  1. Kata ganti nama diri
  2. Kata ganti nama tunjuk

 Kata ganti nama diri terbahagi kepada 2:

 1. Kata ganti nama diri tanya
 2. Kata ganti nama diri orang

 Kata ganti nama diri orang pula terbahagi kepada3 bahagian iaitu:

 1. Pertama
 2. Kedua
 3. Ketiga

  Contoh padanan أنا : Saya, Aku, Beta, Patik, Hamba
هو : Dia lelaki                                                                                 
هما: Mereka berdua lelaki                                                             
                                نحن: Kami, kita
                                هن : Mereka Ramai

Semoga anda semua dapat memahami dengan baik.😍

Tuesday, 14 May 2019

Kuliah Kesebelas-Afiqah




Hai kawan2 semua,,kita berjumpa kembali untuk tajuk blog saya yang seterusnya.👋 Okay so guys, macam mana puasa korang semua harini?berjalan lancar? hehehh mestilah berjalan lancar kan sebab masing2 dah besar, kalau kecik lagi yelah boleh sekali sekala mengelat minum air😂😂semoga ramadan kita pada tahun ni menjadi lebih baik dan dapat keberkatan dari-Nya. Okaylah guys,, saya akan share kat korang mengenai topik kita iaitu Padanan Terjemahan. Terdapat tiga konsep padanan iaitu mencari padanan yang betul2 tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan, mencari padanan merupakan masalah utama teori terjemahan dan setiap hasil penterjemahan dianggap sebagai refleksi daripada pencarian padanan  dalam proses penterjemahan. Penggunaan istilah padanan tejemahan ini diterima pakai dalam ilmu sains setelah dipinjam daripada ilmu matematik atau ilmu logik. Menurut Nida (1964), terdapat dua jenis padanan iaitu padanan formal dan padanan dinamis. Nida (1964) juga mengemukakan 4 jenis padanan dalam penterjemahan iaitu: satu lawan satu, satu lawan banyak, banyak lawan satu, satu lawan tiada.

Sekian dari saya untuk information sharing pada minggu ini. Stay stuned semua 😉💝

FIKRIYAH-CARA MEMPELAJARI PERIBAHASA ARAB



         Assalammualaikum semua .Harini saya akan share dengan  you alls, peribahasa arab.😍



Teknik menterjemah peribahasa


1. Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran.
  Contoh:
 جزاه جَزَاءَ سِنِمَّارditerjemahkan kepada susu dibalas tuba.
2. Menggunakan teknik pinjam terjemah.

Contoh:
 ماءُ الوجه  diterjemahkan terus kepada air muka.
 عَيْنُ القلبِ diterjemahkan kepada mata hati
 شهر العسل  diterjemahkan kepada bulan madu.
حرب باردة  diterjemahkan kepada perang dingin.
دودةُ الكتبِ  diterjemahkan kepada ulat buku.

3. Teknik memperjelas makna.
   Contoh:
  Sweetheart diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة
  Airline diperjelas menjadi syarikat penerbangan yang dalam bahsa Arabnya dipanggilشركة خطوط   جوّية/هوائية 
4. Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau 
    ungkapan yang figuratif.
   Contoh:
  هديّة تذكارية  diterjemahkan kepada tanda mata / cendera hati.
  حيض diterjemahkan kepada haid / datang bulan.


Ini sahaja yang saya sharekan kepada anda semua pada hari ini. Semoga dengan ilmu ini dapat membantu anda semua. 

Friday, 3 May 2019

Kuliah Kesepuluh-Afiqah



Bismillahhirrahmanirrahim...hai saya kembali lagi untuk blog yang seterusnya. 😍sedar tak sedar masuk ni dah minggu kesepuluh saya belajar dan Alhamdulillah banyak yang dapat saya pelajari dan perolehi daripada Dr. Maheram😊

Baiklah tanpa membunag masa, saya nak share dengan rakan2 semua tentang tajuk kuliah sepuluh kali ini. Tajuknya ialah laras bahasa. Bahasa bermaksud satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari dan digunakan oleh manusia untuk berhubung. Laras bahasa pula satu kajian yang dibuat oleh ahli linguistik dan sosiolinguistik yang menimbulkan beberapa pandangan tentang konsep dan takrif laras bahasa. Laras boleh dibezakan melalui beberapa ciri iaitu ungkapan/perbendaharaan kata dan bunyi.
Dua perkara asas yang perlu diteliti ketika mengkaji laras adalah ciri2 linguistik dan keperihalan peristiwa bahasa. Ciri2 laras bahasa pula ditentukan oleh dua faktor sahaja iaitu ciri2 keperihalan sesuatu peristiwa bahasa dan linguistik. Linguistik perlulah dari segi aspek bunyi, perkataan, frasa dan ayat.

Tayyib,,, itu sahaja information sharing saya pada minggu ini. Moga rakan2 faham💞
Bye semua. Wait for my next blog okay💋

Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka

Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...