Friday, 3 May 2019

Kuliah Kesepuluh-Afiqah



Bismillahhirrahmanirrahim...hai saya kembali lagi untuk blog yang seterusnya. 😍sedar tak sedar masuk ni dah minggu kesepuluh saya belajar dan Alhamdulillah banyak yang dapat saya pelajari dan perolehi daripada Dr. Maheram😊

Baiklah tanpa membunag masa, saya nak share dengan rakan2 semua tentang tajuk kuliah sepuluh kali ini. Tajuknya ialah laras bahasa. Bahasa bermaksud satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari dan digunakan oleh manusia untuk berhubung. Laras bahasa pula satu kajian yang dibuat oleh ahli linguistik dan sosiolinguistik yang menimbulkan beberapa pandangan tentang konsep dan takrif laras bahasa. Laras boleh dibezakan melalui beberapa ciri iaitu ungkapan/perbendaharaan kata dan bunyi.
Dua perkara asas yang perlu diteliti ketika mengkaji laras adalah ciri2 linguistik dan keperihalan peristiwa bahasa. Ciri2 laras bahasa pula ditentukan oleh dua faktor sahaja iaitu ciri2 keperihalan sesuatu peristiwa bahasa dan linguistik. Linguistik perlulah dari segi aspek bunyi, perkataan, frasa dan ayat.

Tayyib,,, itu sahaja information sharing saya pada minggu ini. Moga rakan2 faham💞
Bye semua. Wait for my next blog okay💋

No comments:

Post a Comment

Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka

Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...