Tuesday, 14 May 2019
Kuliah Kesebelas-Afiqah
Hai kawan2 semua,,kita berjumpa kembali untuk tajuk blog saya yang seterusnya.👋 Okay so guys, macam mana puasa korang semua harini?berjalan lancar? hehehh mestilah berjalan lancar kan sebab masing2 dah besar, kalau kecik lagi yelah boleh sekali sekala mengelat minum air😂😂semoga ramadan kita pada tahun ni menjadi lebih baik dan dapat keberkatan dari-Nya. Okaylah guys,, saya akan share kat korang mengenai topik kita iaitu Padanan Terjemahan. Terdapat tiga konsep padanan iaitu mencari padanan yang betul2 tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan, mencari padanan merupakan masalah utama teori terjemahan dan setiap hasil penterjemahan dianggap sebagai refleksi daripada pencarian padanan dalam proses penterjemahan. Penggunaan istilah padanan tejemahan ini diterima pakai dalam ilmu sains setelah dipinjam daripada ilmu matematik atau ilmu logik. Menurut Nida (1964), terdapat dua jenis padanan iaitu padanan formal dan padanan dinamis. Nida (1964) juga mengemukakan 4 jenis padanan dalam penterjemahan iaitu: satu lawan satu, satu lawan banyak, banyak lawan satu, satu lawan tiada.
Sekian dari saya untuk information sharing pada minggu ini. Stay stuned semua 😉💝
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka
Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...
-
Assalammualaikum harini saya share tentang cara kita ingin menterjemah nama khas. Perkara di bawah ni saya terangkan cara-cara dia okay.😸...
No comments:
Post a Comment