Monday, 20 May 2019

FIKRIYAH- PENTERJEMAHAN AL-QURAN

Good morning everyone, so hows your day guys? is that getting better yes or nah? the below of this is kalamullah or we call it as zikru. This is used by all muslimin and muslimat in this world. 

  





                     Definisi Terjemahan: Mengungkapkan makna sesuatu kata/teks dalam bahasa asal/pertama dengan kata-kata lain dalam bahasa kedua secara jujur dan setia kepada semua makna dan maksud yang terdapat dalam teks pertama. Menterjemah Al-Quran juga  Merupakan satu topik yg penting kerana mempunyai hubungan dgn al-Qur’an al-Karim, Pertama kali dibincangkan secara formal oleh sekumpulan ulama Islam Turki yg diketuai oleh Mustafa Sabri. dan mendapat perhatian serius dalam kalangan ulama Islam, cthnya di Mesir.

                          Berlaku khilaf dalam kalangan ulama Islam. Ada yang mengharuskan dan ada yang mengharamkan. Kaedah penterjemah terbahagi kepada 2 iaitu, Harfiah dan Tafsiriyyah. Penterjemahan  Harfiah adalah Memindahkan perkataan daripada bahasa asal kepada kata-kata lain yang sepadan dengannya dalam bahasa kedua/sasaran, di samping menjaga susunan, tarkib dan kedudukan kata asal itu dengan sepenuhnya dalam teks terjemahan. 
                
                         Manakala terjemahan Tafsiriyyah ialah Terjemahan yang tidak menjaga keserupaan/kesamaan (dari segi susunan perkataan, tarkib dan kedudukan perkataan) dengan teks asal. Aspek Yang dipentingkan ialah makna yang dimaksudkan dan tujuan teks asal itu dapat disampaikan dengan jelas dan lengkap. Ada yang memanggil terjemahan ini sebagai terjemahan ma`nawiyyah kerana ia bertujuan untuk menerangkan kata-kata dan makna teks asal itu dengan menggunakan bahasa lain, demi memenuhi tujuan teks asal itu ditulis.

                Salah tafsir al-Qur’an boleh berlaku disebabkan oleh Kekeliruan terhadap ayat mutashabihat, tidak mahir akan teknik dan kaedah mentafsir al-Qur’an, tidak menguasai bahasa Arab, mentafsir al-Qur’an secara ikut-ikutan, tidak memiliki anugerah kebijaksanaan, adanya sikap prejudis dan motif yang tersembunyi.

                        Akhir kalam, tugas menterjemah al-Qur’an tidak boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, bahkan penterjemah perlu memiliki syarat dan kelayakan tertentu, agar terjemahan/tafsiran yang dihasilkan tidak menyeleweng daripada ajaran dan isi kandungan al-Qur’an.

Ini sahaja daripada saya, Cik fikriyah.💛👍

No comments:

Post a Comment

Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka

Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...