Monday, 20 May 2019

FIKRIYAH: PADANAN TERJEMAHAN

Assalammualaikum and hai semua, harini sis akan share tentang padanan terjemahan. Hope dapat tambahkan ilmu pengetahuan hampa semua kayyyy💥

       
                    Melalui konsep penterjemahan yang dikemukakan oleh Catford (1965), Nida (1964) dan Newmark (1981), dapatlah disimpulkan bahawa penterjemahan sebenarnya ialah kerja mencari padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata dalam teks sumber agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran.

                 Konsep padanan pula ialah Mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan. Terdapat juga 2 padanan iaitu padanan formal dan padanan dinamis.

                    Padanan formal Penterjemah berusaha sedaya upaya menghasilkan semula bentuk dan isi secara literal dan menepati makna sebagaimana yang diniatkan oleh penulis asal. Sebagai contoh: kata nama diterjemahkan ke bentuk kata nama, kata kerja diterjemahkan ke bentuk kata kerja dan seterusnya.
                 Padanan dinamis pula penterjemah hanya mementingkan reaksi dan penerimaan pembaca sasaran. Selain itu, Penterjemah tidak terikat dengan bentuk teks asal. Akhir sekali, Hasil terjemahan mempunyai bentuknya yang tersendiri.

             Bagi, menghasilkan terjemahan yang bersifat dinamik, penterjemah perlu membuat
pengubahsuaian dalam aspek tatabahasa iaitu dari segi ubah susunan perkataan, tukar bentuk 
kata daripada kata nama kepada kata kerja misalnya. Penyesuaian leksikal ada kalanya 
diperlukan. Juseteru, Menyesuaikan unsur anakronisme atau sesuatu yang ketinggalan zaman 
dengan sebaik mungkin.

#inisahajadaripadasaya  #Semogabergunaye #sampaikanilmuwalausatuayat

No comments:

Post a Comment

Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka

Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...