MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA
Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar semua. Selamat menjalani ibadah
puasa di bulan Ramadhan ini. Ramadhan Kareem. Kali ini, saya ingin berkongsi
maklumat mengenai menterjemah unsur budaya. Nak tahu? Silalah baca penerangan
di bawah.
Pengenalan:
Bahasa sumber dan bahasa sasaran merupakan dua
bahasa yang berbeza, baik dari segi sistem kebahasaan, seperti sistem nahu,
morfologi, fonetik dan fonologi, dan semantik, mahupun aspek yang melibatkan
budaya.
Definisi Budaya:
¢ berasal drp bahasa Sanskrit, iaitu ‘buddhayah’.
¢ disebut sebagai ‘culture’, yang berasal dari Latin iaitu‘Colere’, yang
membawa maksud ‘mengerjakan’, atau dengan lebih jelas ia bermaksud ‘bertani’ (http://id,wikipedia.org/wiki/Budaya)
¢ Budaya ialah ‘tamadun’, ‘peradaban’, ‘cara berkelakuan’ (berfikir dan
sebagainya), ‘kemajuan’ (akal budi), ‘kebudayaan’, manakala ‘kebudayaan’ pula
adalah keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan
berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang kebendaan atau
kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan, akal budi dan
lain-lain (Kamus Dewan 1992: 65) .
Sifat Kebudayaan:
¢ Dipelajari oleh anggota masyarakat.
¢ Tidak boleh diterima melalui baka atau warisan.
Dipraktikkan secara bersama oleh anggota
masyarakat.
Fungsi Kebudayaan:
¢ Mensosialkan anggota masyarakat yang baru supaya menjadi orang yang
berfungsi dalam masyarakat.
¢ Menjaga dan mengawal anggotanya dengan kawalan sosial, norma dan nilai
masyarakat.
¢ Meneruskan peraturan antara sesama anggotanya dan antara anggotanya dengan
orang luar.
¢ Perangsang kepada anggotanya untuk meneruskan masyarakatnya (Abdul Rahman
Nawas dll, 1995).
Dua aspek yang perlu diterjemahkan dengan cara
yang berbeza:
1. Terjemahan Bahasa: Bagi menghasilkan terjemahan yang bermutu tinggi, penterjemah perlu menggunakan bahasa sebagaimana yang digunakan oleh penutur asal.
2. Terjemahan Budaya: Terjemahan yang bermutu tinggi adalah terjemahan yang dapat memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkaradan budaya asing. Oleh itu, unsur-unsur budaya asal wajib dikekalkan.
Pembahagian Budaya:
•
Budaya
Ekologi: tingkah lakuy manusia, bentuk muka bumi, cuaca dsb.
•
Budaya
Sosial: berkait dengan adat resam dan kepercayaan masyarakat.
•
Budaya
Ideologi: Berkait dengan agama, kepercayaan, adat resam dan politik. Biasanya,
hal-hal ini lebih rumit diterjemahkan kerana ia melibatkan emosi.
•
Budaya
Material
Kesimpulan:
Pembaca sasaran tidak akan mengetahui budaya
asal sekiranya budaya asal disesuaikan dengan budaya sasaran, tetapi
sekurang-kurangnya pembaca sasaran akan dapat memahami teks terjemahan itu
dengan lebih mudah. Seorag penterjemah perlu mempunyai kamus supaya senang
untuk melakukan penterjemahan. Walaupun kamus tidak memberikan makna yang
lengkap seratus peratus tetapi sekurang-kurangnya kamus memudahkan penterjemah
menterjemah ayat.
Sekian sahaja dari saya, Assalamualaikum....
Min: Fatimah Az Zahra Bt Mughni🍀
p/s: من صبر ظفر
No comments:
Post a Comment