Monday, 20 May 2019

FIKRIYAH- LARAS BAHASA

HELLO!💣

    Takrif: Satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari dan digunakan oleh manusia untuk       
           berhubung: 
                         •Alat perhubungan dan komunikasi.
                         •Alat untuk menyatakan perasaaan, melahirkan keinginan dan sebagainya.
                         •Bahasa mempunyai sistem yang heterogen.

           Ragam bahasa, terdapat pelbagai ragam atau variasi dalam sesuatu bahasa. Dalam sosiolinguistik, ragam bahasa yang timbul akibat penggunaan yang pelbagai diistilahkan sebagai laras.

             Kajian yang dibuat oleh ahli linguistik dan sosiolinguistik menimbulkan beberapa pandangan tentang konsep dan takrif laras bahasa. Selain itu, Nik safiah karim (1989: 2): … gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. sesuatu bahasa bermaksud variasi bahasa yang telah dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur

           Kesimpulan Takrif, Ada kata-kata yang menentukan taraf sosial penutur. Contoh: Perkataan beradu, santap, bersiram, murka, mangkat ada kaitan dengan istana dan sultan. Perkataan kuliah , semester, gugur dan tambah kursus ada kaitan dengan mahasiswa/i. Tepung naik sendiri, pukul telor hingga kembang adalah laras masakan.

                 Antara salah satu contoh laras yang akan saya ceritakan adalah Laras bahasa Media Massa seperti berita, bahasa yang paling mudah diterima, bahasa yang mudah, gaya tulisan jelas, dan ketepatan isi tulisan, ringkas, tepat dan padat, tidak mementingkan kata hubung dan tatabahasa, tidak menggunakan istilah teknikal dan khusus. Bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku, mengandungi judul dan teks. 

#Larasbahasa #semogamemberimanfaat

No comments:

Post a Comment

Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka

Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...