Saturday, 8 June 2019

Zahra: PENTERJEMAHAN AL-QURAN



PENTERJEMAHAN AL-QURAN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kita sudah hampir sampai ke penghujung Ramadhan. Bagaimana prestasi tahun ini? Amacam? Mesti dah habis 30 juzuk kan? Kan...kan...kan....
Harini kkita kan belajar tajuk yang baru lagi. Semangat tak ni?

Ok lah, mula-mula sekali kita kena tahu apa definisi tajuk kita. Betul tak?


Definisi Terjemahan:
Mengungkapkan makna sesuatu kata/teks dalam bahasa asal/pertama dengan kata-kata lain dalam bahasa kedua secara jujur dan setia kepada semua makna dan maksud yang terdapat dalam teks pertama.

Menterjemah Al-Quran:
Merupakan satu topik yg penting kerana mempunyai hubungan dgn al-Qur’an al-Karim. Hal ini telah dibincangkan pertama kali secara formal oleh sekumpulan ulama Islam Turki yg diketuai oleh Mustafa Sabri. Topik ini juga mendapat perhatian serius dalam kalangan ulama Islam, contohnya di Mesir.

 Menterjemah Al-Qur’an Di Malaysia
Penting kepada umat Islam yg tidak tahu berbahasa Arab. Digunakan sebagai alat bantu untuk memahami makna-makna al-Qur’an. Satu cara berdakwah yang efektif. Menyumbang kepada perkembangan Islam.

Nak tau tak? Ada sebahagian ulama yang mengharuskan penterjemahan al-Quran dan ada juga yang mengharamkannya dengan hujah-hujah yang kuat.

Kaedah penterjemahan
1.    Tafsiriyah
2.    Harfiyah
Terjemahan Harfiyah
Memindahkan perkataan daripada bahasa asal kepada kata-kata lain yang sepadan dengannya dalam bahasa kedua/sasaran, di samping menjaga susunan, tarkib dan kedudukan kata asal itu dengan sepenuhnya dalam teks terjemahan.
Terjemahan Tafsiriyah
Terjemahan yang tidak menjaga keserupaan/kesamaan (dari segi susunan perkataan, tarkib dan kedudukan perkataan) dengan teks asal.

Salah Tafsir Al-Quran
Salah tafsir al-Qur’an boleh berlaku disebabkan oleh:
               Kekeliruan terhadap ayat mutashabihat.
               Tidak mahir akan teknik dan kaedah mentafsir al-Qur’an.
               Tidak menguasai bahasa Arab.
               Mentafsir al-Qur’an secara ikut-ikutan.
               Tidak memiliki anugerah kebijaksanaan.
               Adanya sikap prejudis dan motif yang tersembunyi.

Al-Khitam
Tugas menterjemah al-Qur’an tidak boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, bahkan penterjemah perlu memiliki syarat dan kelayakan tertentu, agar terjemahan/tafsiran yang dihasilkan tidak menyeleweng daripada ajaran dan isi kandungan al-Qur’an.



Min: Fatimah Az Zahra Bt Mughni🍀
p/s: اطلب العلم من المهد إلى اللحد


No comments:

Post a Comment

Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka

Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...