LARAS BAHASA
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, jumpa lagi kita untuk tajuk
yang seterusnya. Hihihi. Rindu tak?
Baiklah, tak sabar-sabar saya nak bagitau
tajuk kita untuk hari ini. Oopss. Dah tertulis kat atas. Hahaha.
Apa itu bahasa?
Satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari
dan digunakan oleh manusia untuk berhubung atau alat perhubungan dan
komunikasi. Senang cerita, apa-apa sahaja yang boleh digunakan untuk
berkomunikasi dan difahami boleh dipanggil sebagai bahasa.
Takrif Laras Bahasa
• Kajian yang dibuat oleh ahli linguistik dan sosiolinguistik menimbulkan beberapa pandangan
tentang konsep dan takrif laras bahasa.
• Nik safiah karim (1989: 2): … gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. sesuatu
bahasa bermaksud variasi bahasa yang telah dipilih daripada sekumpulan variasi
yang ada pada tiap-tiap penutur.
• Ainon Muhammad (1991: 107): Perkataan-perkataan yang digunakan dengan
pengertian khusus dalam bidang itu sahaja. Perkataan-perkataan itu digunakan
juga dalam bidang lain tetapi dengan makna yang berlainan antara satu bidang
dengan bidang yang lain.
Perbezaan Laras
• Boleh dibezakan melalui ciri-ciri:
–
Ungkapan/perbendaharaan kata & bunyi
• Dua perkara yang perlu diberi perhatian apabila ingin mengkaji laras,
iaitu:
–
Ciri-ciri linguistik.
–
Ciri-ciri keperihalan peristiwa bahasa.
• Dimensi ciri-ciri linguistik:
–
Faktor sosial, tajuk & sifat bahasa itu
sendiri.
–
Dua
perkara yang membezakan laras dari segi linguistik, iaitu tatabahasa &
perbendaharaan kata.
Ciri-ciri Laras Bahasa
• Ditentukan oleh dua faktor utama:
–
Ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa
bahasa, dan
–
Ciri-ciri linguistik.
Jenis & ciri laras bahasa
Laras bahasa biasa.
◦
Tidak melibatkan sebarang bidang ilmu atau
konteks yang khusus.
◦
Tiada
istilah teknikal.
◦
Struktur ayatnya mudah, ringkas dan padat.
◦
Laras bahasa biasa formal digunakan dalam
situasi rasmi sahaja.
Laras bahasa biasa tidak formal. menggunakan
ciri-ciri bahasa basahan.
Laras bahasa biasa formal.
◦
Formal
Muhammad bin Abdullah, aku nikahkan dikau
dengan Sumayyah binti Husin dengan mas kahwinnya RM4000 tunai.
◦
Tidak formal
Pembeli: Ikan sendiri bela, sendiri tangkap,
sendiri jual, apa fasal banyak mahal?
Penjual:Encik mahu ingat, bela punya ikan mahu
kasi makan. Sekarang ikan punya makan banyak mahal. Lagi, saya bukan tangkap
sendiri, saya upah orang.
Kesimpulan
• Laras penting dan perlu diberikan perhatian.
• Membantu menghasilkan penulisan dan penterjemahan yang boleh difahami oleh
khlayak pembaca.
Itu sahaja daripada saya untuk kali ini. Semoga diberi kefahaman
dan kelancaran dalam memahami pelajaran. Aamiinn…
Min: Fatimah Az Zahra Bt Mughni🍀
p/s: لكل مقام مقال
No comments:
Post a Comment