Wednesday, 27 March 2019

Zahra: Terjemahan tulisan dan lisan



Assalamualaikum 
warahmatulllahi wabarakatuh

I hope all of you in a pink of health. Ceriakan pagi anda dengan senyuman. Yang baru bangun tidur tu, dah baca doa belum? 

Baiklah hari ni, saya akan kongsikan tentang jenis dan kaedah terjemahan. 

Pertama sekali, kita kena tahu bahawasanya terjemahan terbahagi kepada dua iaitu dalam bentuk tulisan dan lisan.

๐ŸTerjemahan Tulisan: 
-dilakukan  secara bertulis
-jika berlaku kesalahan dalam menulis, penterjemah masih berpeluang untuk membaiki penulisannya.

๐ŸTerjemahan Lisan:
-dilakukan scara lisan
-dilakukan secara langsung, cepat dan tepat
-penterjemah tidak boleh berhenti untuk membaiki unsur bahasa atau ujaran yang salah, mereka perlu meneruskannya walau apa pun berlaku.

Antara penterjemah yang terkenal seperti Peter Newmark, A. Nida, J. C. Catford dan ramai lagi telah mengeluarkan teori masing-masing untuk dijadikan panduan kepada para penterjemah lain dalam menterjemah sesebuah karya.

Dalam banyak-banyak cara untuk menterjemah yang saya belajar, saya sering menggunakan terjemahan secara harfiah dan kata demi kata. nak tau sebab apa? sebab bagi saya bila saya dapat tahu apa makna perkataan tu, barulah saya dapat faham ayat yang ingin dimaksudkan.

Tapi, itu dahulu. Sekarang saya dah expert. Sekali tengok baca dah boleh faham makna. hehehe.
Astaghfirullah, berlagaknya. hihihi

oklah, bye bye.

min: Fatimah Az Zahra bt Mughni๐Ÿ€
P/S: Aslih nafsaka yuslih alan nas

















Zahra: KAMUS



Asalamualaikum dunia,Bangunlah semua, 
Lihatlah pada diri kita,Semua serupa

Oops, ternyanyi pulak.

Siapa pernah guna kamus? Angkat tangan sikit. Hahahah

Hamper setiap orang pernah menggunakan kamus tidak kiralah kamus bahasa arab, inggeris, mahupun bahasa lain. Apa tujuan guna kamus ni? Haaa, meh sini saya bagitahu…

Kamus adalah sejenis buku rujukan yang menerangkan makna perkataan, berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan, asal (etimologi) sesuatu perkataan, contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan dan ada kalanya terdapat juga ilustrasi untuk menguatkan pemahaman pengguna.
Kamus terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya ialah:

1.   Kamus Ekabahasa:
Menggunakan satu bahasa ( kata-kata entri dan penjelasannya terdiri daripada bahasa yang sama)
Cth: Kamus Dewan, Qamus Al-Wasit dan lain-lain

2.  Kamus Dwibahasa:
Menggunakan dua bahasa (kata masukan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa lain).
Cth: Kamus Besar Arab-Melayu Dewan

3.  Kamus Aneka Bahasa/Multi Bahasa:
Sekurang-kurangnya menggunakan tiga bahasa.
Cth: Kamus Melayu-Cina-Inggeris

Bukan baju je yang ada saiz, kamus pun ada saiznya tau,  Kamus terbahagi kepada tiga saiz utama iaitu kamus mini, kamus kecil, dan kamus besar.
Selain itu, kamus juga ada keistimewaannya yang tersendiri, tak percaya? Biar saya buktikan…

¢  Kamus Istilah:
  Entri: istilah khusus bagi bidang tertentu.
¢  Kamus Etimologi:
  Menerangkan asal usul sesuatu perkataan dan maksud asalnya.
¢  Kamus Tersaurus:
  Menerangkan maksud sesuatu perkataan dengan memberikan kata seerti sahaja.
¢  Kamus Peribahasa:
  Menerangkan maksud sesuatu peribahasa atau simpulan bahasa. Selain dijadikan rujukan, ia sesuai dibaca untuk tujuan keseronokan.
¢  Kamus Kata Nama Khas:
  Menyimpan kata nama khas seperti nama tempat, nama tokoh dsbnya.
¢  Kamus Terjemahan:
  Menyediakan kata seerti bahasa asing untuk satu bahasa sasaran.

Kenapa kamus ni menjadi sesuatu yang sangat penting dan diperlukan dalam kehidupan seharian ye? Hmmm. Jawapannya adalah seperti berikut:
Kamus sangat membantu dalam proses penterjemahan kerana ia menyediakan padanan perkataan yang sesuai dan membolehkan ayat dari bahasa lain difahami dengan baik samaada berkaitan dengan linguistic atau budaya.

Itu sahaja untuk kali ini, jumpa lagi di masa akan datang. Jika ada apa-apa permasalahan, komen sahaja di ruangan yang disediakan. Semoga berjumpa lagi di lain masa.

min: Fatimah Az Zahra ๐Ÿ€
P/S: ุงู„ุตَّุฏَุงู‚َุฉُ ู„َุง ุชَุบِูŠْุจُ ู…ِุซْู„َู…َุง ุชَุบِูŠْุจُ ุงู„ุดَّู…ْุณُ


Persahabatan tidak menghilang seperti menghilangnya matahari



Tuesday, 12 March 2019

FIKRIYAH- FIRST DAY TERJEMAHKAN TEKS


Image result for muka karton garang


 ๐Ÿ’“Assalammualaikum semua and hye everyone. So today hari rabu and class saya cancel petang ni untuk class stiat. iaitu class sejarah tamadun islam asia tenggara. so dikesempatan ini..saya curi lah masa untuk menulis blog...ok guys so guess what ? mesti korang nak tahu kan macam mana feeling untuk first day tutor class arab ni..apa lah yang akan berlaku sepanjang class ni kan..ehek. nampak tak gambar kat sebelah tu gambar apa?๐Ÿ˜‚


Alhamdulillah . class yang pertama ni .so Funnn and enjoyableee!!!. Walaupun pada awalnya saya gemuruh and nervous gila nak masuk class tu sebab tengok muka lecturer macam garang gitu...seram sangat .tapi saya gagahkan jugak diri ni untuk duduk di bahagian depan..sbb saya fikirr saya nak dapat ilmu yang lebih and nak dapat tangkap apa yg lecturer cakapp terus meresap ke akal fikiran..okey .so perkara pertama yg kitorg kena lakukan is fahamkan teks and baca teks tu..and waktu tu saya orang ke 2 yg kena bariskan teks tersebut...and im just fine and berhati2 time baca...fuhhhhhh...



Nak dipendekkan cerita .after habis je part saya kena baca tu. All of us kene terjemahkan pula ke bahasa melayuu..yg tu saya dah boleh rileks sikit sebab ..benda tu mcm simple sikit..just kene tahu makna and fahamkan teks tu nak story pasal apa...ha this part seronok sgt ..lagi2 lecturer kata apa vocab yg kamu tak fhm, so kitorang pun ckplah teks mana yg kitorang x fhm dan agak susah bagi kitorang...so..hbis je terjemah semua tu..kitorang dpt nasihat and tazkirah sikit dari ustazah...tentang aspek pemakain kami as student fpi...di universiti kebangsaan malaysia.



Then, kitorang pun dengar nasihat yang lecturer cuba untuk sampaikan.kepada kitorang semua .well.dpt tambah sikit pengetahuan tentang pakaian di fakulti pengajian islam ni macam mana semua kan.  and bercerita punya bercerita..masa class pun dah hbis ..and kitorang keluar class 30 minutes lewat sikit dri yg sepatutnyaa..ahhaa..heaven je rasa diaa...yela bukan sng kan nak dpt peluang mcmniii..dgr lecturer bercerita semua.



haha.ok guys so ini je cerita saya pada harini...thanks kawan2 yg sudi baca blog saya ni..and after ni saya akan keep posting story saya dkt blog ni..nantikan sahaja yee..and anything komen ke u alls boleh komen kat bwh ni..and if u guys nak tanya apa-apa tanya jee.okeyy.inshaallah saya akan balas satu per satu..ok u alls byee...have a nice dayy..

Min: Nurul Fikriyah Husna.



NFMK-Proses menterjemah



Hari ini aku nak berkongsi dengan semua tentang apa yang aku dapat pada hari semalam.

Sebelum ini, aku telah menceritakan tentang kelayakan seseorang itu untuk menterjemah, jadinya sekarang aku ingin menceritakan apa proses yang perlu dilakukan dalam menterjemah:

1. Teks sumber

2. Proses analisis

3. Pemindahan

4.nStruktur semula

5. Menyemak

6. Memeriksa

7. Menyunting

8. Teks sasaran

-thats all from me-
     farhana๐Ÿ’—

Sunday, 10 March 2019

NFMK-KELAYAKAN PENTERJEMAH

Kelas ketiga

Kami sekelas belajar tentang kelayakan seseorang untuk menterjemah sesuatu.

hurm...๐Ÿ‘€๐Ÿ‘€ penterjemah pun perlu ada kelayakan ke?

mestilah perlu.

antara syarat penterjemah ialah:

1. Mengetahui bahasa sumber.
    
2. Mengetahui bahasa sasaran.

3. Mengetahui topik atau subjek yang ingin diterjemah.

4. Mengetahui teori terjemahan.

5. Mengetahui siapa pembaca.

-thats all from me-
    farhana

NFMK-Persediaan Muaskar Lughawi


26/2/2019

Assalamualaikum,

Minta maaf kepada semua atas kelewatanku untuk mengupdate kelasku pada tarikh ini๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Tarikh ini adalah tarikh permulaan untuk aku memberanikan diri aku untuk bercakap dalam bahasa arab. Rasa seronok dan gembira apabila kami sekelas perlu bersiap sedia untuk lakonan bagi setiap kumpulan. Walaupun  kumpulan ku ada yang tidak dapat hadir tapi kami teruskan persediaan lakonan itu. ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ˜๐Ÿ˜.



-thats all from me-
     farhana

ู…ุนุณูƒุฑ ู„ุบูˆูŠ๐ŸŒŸ

Assalamualaikum guys harini kita bertemu lagi dalam blog saya yang seterusnya ๐Ÿ˜€๐Ÿ‘‹ ูƒูŠู ุญุงู„ูƒู…؟ุฃุชู…ู†ูŠ ุฌู…ูŠุนุงً ุจุตุญุฉ ุฌูŠุฏุฉ๐Ÿ’– seperti yang saya telah ceritakan dalam blog saya minggu lepas ,saya akan sharekan dengan rakan-rakan semua mengenai pembelajaran terjemahan arab melayu saya pada minggu ni pula, tapi disebabkan minggu ni digantikan dengan makluman tentang ู…ุนุณูƒุฑ ู„ุบูˆูŠ yang akan diadakan bermula jumaat ini sehingga ahad khusus bagi tahun satu sahaja. Jadi takde apa yang saya nak sharekan mengenai pembelajaran terjemahan arab saya ๐Ÿ˜… saya harap rakan-rakan semua akan terus dan tidak jemu menunggu blog dari saya yang akan datang .๐Ÿ™tq for reading my blog guys๐Ÿค—

Lots of love from afiqah๐Ÿ’˜   

Thursday, 7 March 2019

FIKRIYAH -My Sister Married.๐Ÿ’•


 Assalammualaikum semua, apa khabar sihat? dah makan ke belum tu? mesti semua keep asking harini I nak cerita pasal apa pulak kan? hahaha .


Image result for gambar orang kahwin

 So guys, alhamdullilah were meet again...for this second time, I just wanna share with you guys about my sister marriage, the Date is from 2 march till 3 march. Gempak tak? HeHeHe. So nak dipendekkan cerita, Pada tanggal 2.3 my eldest sister nikah di masjid. Nikah kakak I adalah pada pukol 11 and kami sekeluarga bertolak ke masjid lebih kurang dalam pukol 10.45 its just because rumah nak ke masjid lebih kurang 6 ke 7 minit je ๐Ÿ˜†. So kitorang bertolak beramai-ramai. for sure, actually I rasa macam tak percaya je yang kakak sulong I dah sah bergelar isteri orang! .ramai saudara mara and jiran-jiran datang waktu tu bagi memeriahkan lagi majlis tu. So bila habis je sesi pernikahan tu, kami sekeluarga pulang ke rumah dan pada waktu itu ada jamuan makan-makan sikit untuk sedara mara dan jiran tetangga. then macam biasa lah kan, tak lengkap sesuatu perkara tu tanpa sekeping gambar. So kami satu keluarga pun mencipta sebuah memori untuk disimpan. 


 Pada keesokan harinya pulak, adalah hari yang ditunngu-tunggu ๐Ÿ˜๐Ÿ™ˆwhere is hari perkahwinan kakak I dengan pasanggannya. dan majlis tersebut bermula dari pukol 11pgi hingga 4 ptg . Seriously feeling excited gituu, mana tak nya kan? first time dalam adik beradik ada yang kahwin and korang nak tahu tak, haritu jugak first time I dan kakak I yang lain siapkan flower girl๐Ÿ’š...macam tak percaya je. yang kitorang berjaya untuk completekan persiapan untuk flower girl tu. dengan masa suntuknya lagi, untuk siapkan diri kitorang lagi pa semua. make up semua. hahaha. So nak dipendekkan cerita, pukol 12 adalah waktu kemuncak di mana waktu sanding kakak I with her husband. OMG ,Ramaiii gila orang waktu tu, memang kitorang busy gila, tak de masa nak tangkap gambar apa semua. and I just dpt tengok kakak I dari jauh je. sedih jugakla tapi nak buat macam mana kan, so I and my sister yang lain tolong mak and ayah I bagi2 goodies pe semua tu lah. peh memang tak de waktu rehat pun. busyyy sangat waktu tu. and yes. masa berlalu dengan cepat . tak rasa pun jam waktu tu dah lebih pukol 4. 


 Jemputan pun sudah semakin sikit maka tamat sudah hari paling bahagia dan bermakna buat kami sekeluarga. Hari tersebut berlangsung dengan lancar dan baik. Alhamdulillah. " sesungguhnya manusia hanya merancang, Allah yang menentukan". So guys doakan kebahagiaan buat kakak saya dan pasangan suaminya yee. Moga hubungan mereka berkekalan hingga ke syurga. Aminnn ya robbal alamin. Thats all, my story for today. Hope you guys enjoy and may we meet again at the next topic. Good night. Sleep tight.๐Ÿ‘‹๐Ÿ’–

Min: Nurul Fikriyah Husna






Saturday, 2 March 2019

Zahra:ARAB SEPANJANG MASA

๐ŸŒˆAssalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, ๐ŸŒ„Allah telah mengurniakan satu nikmat yang besar di mana pada hari ini saya berpeluang untuk menulis catatan hidup saya buat kali yang ke-dua. Tanpa nikmat ini mungkin anda di luar sana tidak dapat membaca nukilan dari saya yang comel ini (ehek).๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ


Nampak tak gambar di atas tu?

Baru-baru ini satu drama terbitan JS Production bertajuk LEFTENAN ZANA telah disiarkan di tv3. (tapi tu bukan Left. Zana. Saya main ambik je gambar dari google) Haaa, dah tengok belum? Best kan cerita tu.๐ŸŒŸBagi anda yang belum tengok tu, cepat-cepatlah tengok. Walaupun cerita ini tidak 100% seperti realiti, namun sedikit sebanyak drama ini telah berjaya menonjolkan kehidupan seorang askar dengan pelbagai latihan yang menguji kekuatan fizikal dan mental.

Tapi... kenapa tiba-tiba cakap pasal askar? Apa kena mengena dengan tajuk kita pada hari ini. Hmmm.

Begini, kami di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam telah diwajibkan menyertai program Bahasa Arab yang dibuat di Institut Latihan dan Kefahaman Islam, Angkatan Tentera Malaysia, Port Dickson. Nama pun dah gerun apatah lagi mereka yang berada di sana. Kami sudah dimaklumkan bahawa sepanjang berada di sana, kami akan dipantau oleh pegawai tentera. Pada waktu pagi, kami akan berkawad sebelum meneruskan aktiviti yang lain.

Bukan itu sahaja, jarak dari satu kawasan ke kawasan yang lain adalah jauh dan memerlukan kudrat yang bukan sedikit. Jadi, bagi yang sudah mandi, mereka akan mandi untuk kali yang ke-dua. Ya, mandi peluh.๐Ÿ˜†Bagi yang belum mandi pula, tak perlu susah payah ke bilik air dan bukak shower, tunggu sahaja waktu berkawad dan shower semula jadi dari badan akan menyegarkan tubuh. Euwww...

Lagi satu, sebelum saya terlupa. kami perlu bertutur dalam bahasa arab dalam setiap waktu dan keadaan. Baguskan.๐Ÿ˜ปSambil berlatih jadi askar, kita boleh berlatih arab. Ingat askar tak boleh cakap arab ke?๐Ÿ˜Ž Bagi saya, ini adalah suatu perkara yang menyeronokkan dan kreatif. Saya setuju 200% dan berharap agar lebih ramai lagi Institut pengajian tinggi di luar sana dapat melakukan hal yang sama. Majulah Bahasa Arab untuk agama, bangsa, negara, dan anhail alam. 

Aamiinn...

Itu sahaja untuk kali ini. Syukron kepada yang sudi membaca. Ma'as salamah.


min: Fatimah Az Zahra Bt Mughni๐Ÿ€
P/S: Al-waktu kas saif, In lam qata'ahu, qataak

Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka

Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...