Saturday, 2 March 2019

Zahra:ARAB SEPANJANG MASA

🌈Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, 🌄Allah telah mengurniakan satu nikmat yang besar di mana pada hari ini saya berpeluang untuk menulis catatan hidup saya buat kali yang ke-dua. Tanpa nikmat ini mungkin anda di luar sana tidak dapat membaca nukilan dari saya yang comel ini (ehek).🤣🤣🤣


Nampak tak gambar di atas tu?

Baru-baru ini satu drama terbitan JS Production bertajuk LEFTENAN ZANA telah disiarkan di tv3. (tapi tu bukan Left. Zana. Saya main ambik je gambar dari google) Haaa, dah tengok belum? Best kan cerita tu.🌟Bagi anda yang belum tengok tu, cepat-cepatlah tengok. Walaupun cerita ini tidak 100% seperti realiti, namun sedikit sebanyak drama ini telah berjaya menonjolkan kehidupan seorang askar dengan pelbagai latihan yang menguji kekuatan fizikal dan mental.

Tapi... kenapa tiba-tiba cakap pasal askar? Apa kena mengena dengan tajuk kita pada hari ini. Hmmm.

Begini, kami di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam telah diwajibkan menyertai program Bahasa Arab yang dibuat di Institut Latihan dan Kefahaman Islam, Angkatan Tentera Malaysia, Port Dickson. Nama pun dah gerun apatah lagi mereka yang berada di sana. Kami sudah dimaklumkan bahawa sepanjang berada di sana, kami akan dipantau oleh pegawai tentera. Pada waktu pagi, kami akan berkawad sebelum meneruskan aktiviti yang lain.

Bukan itu sahaja, jarak dari satu kawasan ke kawasan yang lain adalah jauh dan memerlukan kudrat yang bukan sedikit. Jadi, bagi yang sudah mandi, mereka akan mandi untuk kali yang ke-dua. Ya, mandi peluh.😆Bagi yang belum mandi pula, tak perlu susah payah ke bilik air dan bukak shower, tunggu sahaja waktu berkawad dan shower semula jadi dari badan akan menyegarkan tubuh. Euwww...

Lagi satu, sebelum saya terlupa. kami perlu bertutur dalam bahasa arab dalam setiap waktu dan keadaan. Baguskan.😻Sambil berlatih jadi askar, kita boleh berlatih arab. Ingat askar tak boleh cakap arab ke?😎 Bagi saya, ini adalah suatu perkara yang menyeronokkan dan kreatif. Saya setuju 200% dan berharap agar lebih ramai lagi Institut pengajian tinggi di luar sana dapat melakukan hal yang sama. Majulah Bahasa Arab untuk agama, bangsa, negara, dan anhail alam. 

Aamiinn...

Itu sahaja untuk kali ini. Syukron kepada yang sudi membaca. Ma'as salamah.


min: Fatimah Az Zahra Bt Mughni🍀
P/S: Al-waktu kas saif, In lam qata'ahu, qataak

No comments:

Post a Comment

Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka

Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...