Wednesday, 27 March 2019

Zahra: KAMUS



Asalamualaikum dunia,Bangunlah semua, 
Lihatlah pada diri kita,Semua serupa

Oops, ternyanyi pulak.

Siapa pernah guna kamus? Angkat tangan sikit. Hahahah

Hamper setiap orang pernah menggunakan kamus tidak kiralah kamus bahasa arab, inggeris, mahupun bahasa lain. Apa tujuan guna kamus ni? Haaa, meh sini saya bagitahu…

Kamus adalah sejenis buku rujukan yang menerangkan makna perkataan, berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan, asal (etimologi) sesuatu perkataan, contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan dan ada kalanya terdapat juga ilustrasi untuk menguatkan pemahaman pengguna.
Kamus terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya ialah:

1.   Kamus Ekabahasa:
Menggunakan satu bahasa ( kata-kata entri dan penjelasannya terdiri daripada bahasa yang sama)
Cth: Kamus Dewan, Qamus Al-Wasit dan lain-lain

2.  Kamus Dwibahasa:
Menggunakan dua bahasa (kata masukan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa lain).
Cth: Kamus Besar Arab-Melayu Dewan

3.  Kamus Aneka Bahasa/Multi Bahasa:
Sekurang-kurangnya menggunakan tiga bahasa.
Cth: Kamus Melayu-Cina-Inggeris

Bukan baju je yang ada saiz, kamus pun ada saiznya tau,  Kamus terbahagi kepada tiga saiz utama iaitu kamus mini, kamus kecil, dan kamus besar.
Selain itu, kamus juga ada keistimewaannya yang tersendiri, tak percaya? Biar saya buktikan…

¢  Kamus Istilah:
  Entri: istilah khusus bagi bidang tertentu.
¢  Kamus Etimologi:
  Menerangkan asal usul sesuatu perkataan dan maksud asalnya.
¢  Kamus Tersaurus:
  Menerangkan maksud sesuatu perkataan dengan memberikan kata seerti sahaja.
¢  Kamus Peribahasa:
  Menerangkan maksud sesuatu peribahasa atau simpulan bahasa. Selain dijadikan rujukan, ia sesuai dibaca untuk tujuan keseronokan.
¢  Kamus Kata Nama Khas:
  Menyimpan kata nama khas seperti nama tempat, nama tokoh dsbnya.
¢  Kamus Terjemahan:
  Menyediakan kata seerti bahasa asing untuk satu bahasa sasaran.

Kenapa kamus ni menjadi sesuatu yang sangat penting dan diperlukan dalam kehidupan seharian ye? Hmmm. Jawapannya adalah seperti berikut:
Kamus sangat membantu dalam proses penterjemahan kerana ia menyediakan padanan perkataan yang sesuai dan membolehkan ayat dari bahasa lain difahami dengan baik samaada berkaitan dengan linguistic atau budaya.

Itu sahaja untuk kali ini, jumpa lagi di masa akan datang. Jika ada apa-apa permasalahan, komen sahaja di ruangan yang disediakan. Semoga berjumpa lagi di lain masa.

min: Fatimah Az Zahra 🍀
P/S: الصَّدَاقَةُ لَا تَغِيْبُ مِثْلَمَا تَغِيْبُ الشَّمْسُ


Persahabatan tidak menghilang seperti menghilangnya matahari



No comments:

Post a Comment

Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka

Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...