Tuesday 11 June 2019

Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka

Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi tidak ramai yang tahu asal-usulnya dengan lebih mendalam…

Dewan Bahasa dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan di Johor Bahru sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran pada 22 Jun 1956. Tujuan penubuhan adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Selain itu, Pusat Rujukan Persuratan Melayu atau ringkasnya PRPM merupakan kemudahan yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia untuk pengguna internet membuat rujukan yang berkaitan dengan bahasa Melayu.


SUMBER KUASA :   
Perlembagaan Persekutuan Akta A930 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan 1995).

VISI : "Bahasa Melayu Salah Satu Bahasa Utama Dunia"

MISI :    "Meningkatkan Penggunaan Bahasa Melayu"

WAWASAN :    "Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa"

FALSAFAH :    "BAHASA JIWA BANGSA"

OBJEKTIF
Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) adalah seperti yang berikut:

  1. Untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;
  2. Untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;
  3. Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;
  4. Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;
  5. Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan
  6. Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.



BAHAGIAN JABATAN DAN FUNGSINYA

  1. Jabatan Dasar dan Penyelidikan
  • Melaksanakan program penyelidikan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat bagi mengenal pasti dan merangka pelan strategik untuk pencapaian misi dan visi DBP.
  • Melaksanakan penyelidikan dan pemiawaian rumus, pedoman dan panduan bahasa Melayu sebagai asas kepada usaha pemerkasaan bahasa Melayu.
  • Meneroka dan memperluas rangkaian kerjasama DBP dengan institusi luar bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program DBP.
  • Melaksanakan penyediaan sejarah, teks dan tokoh karya sastera berbahasa Melayu sebagai asas kepada pemerkasaan sastera kebangsaan.
  • Memperkaya koleksi dan memulihara khazanah kepustakaan Melayu dalam pelbagai bentuk dengan pengkhususan kepada bidang persuratan Melayu sebagai sumber sehenti rujukan pengkaji bahasa Melayu.
2. Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera
  • Menyusun, mengemas kini dan menyelenggara pelbagai jenis kamus dan produk kamus.
  • Menyusun, mengemas kini dan menyelenggara pelbagai jenis ensiklopedia dan produk ensiklopedia.
  • Melaksanakan penelitian terhadap kata, kata lama berdasarkan teks Melayu lama, perbendaharaan kata dan istilah bahasa Melayu dan linguistik komputeran, pemprosesan bahasa tabii dan pengurusan pangkalan pengetahuan.
  • Menggubal dan menyelaraskan istilah dalam pelbagai bidang ilmu.
  • Melaksanakan penelitian dan penyusunan bahasa rujukan leksikal seperti kamus istilah, glosari istilah, daftar ejaan Jawi, tesaurus bahasa Melayu dan sebagainya.
  • Menjalin rangkaian kerjasama dengan pelbagai institusi (dalam negeri, serantau dan luar negeri.)

3. Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera
  • Mengembangkan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja, merangkumi pembinaan dokumentasi, pembangunan dan penggalakkan karyawan dan pemasyarakatan dan pengiktirafan dalam dan luar negara.
  • Memperteguh sikap dan membentuk kefahaman masyarakat terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu serta mempromosi bahasa dan sastera kebangsaan.
  • Memberikan pengiktirafan dan/atau penghargaan kepada individu dan institusi yang memberi sumbangan besar dalam pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan, dan kepada karya-karya bermutu.
  • Mengawal selia dan memantau penggunaan bahasa kebangsaan.
  • Mengenal pasti dan membina bakat penulis, penghayatan dan seni persembahan dan tenaga pakar (munsyi bahasa/sastera).
  • Mengembangkan bahasa kebangsaan pelbagai kaum, termasuk pengantarabangsaan bahasa dan sastera.
  • Menjalin rangkaian kerjasama dengan pelbagai institusi (dalam negeri, serantau dan luar negeri).

4. Jabatan Penerbitan
  • Menguruskan penerbitan majalah dan jurnal, buku sekolah, buku umum, buku bahasa, buku sastera, dan buku kanak-kanak dan remaja, sama ada dalam bentuk cetak, elektronik atau multimedia interaktif.
  • Membantu menyediakan bahan untuk promosi majalah dan jurnal, buku sekolah, buku umum, buku bahasa, buku sastera, dan buku kanak-kanak dan remaja.
  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan penerbitan.
  • Mengurus TV Web DBP.
  • Menguruskan kegiatan yang berkaitan dengan harta intelek.
5. Jabatan Khidmat Pengurusan
  • Merancang dan menguruskan segala aspek yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dari segi pengambilan, penempatan, kemajuan kerjaya pegawai, perhubungan perusahaan, faedah-faedah kepada pegawai dan lain-lain yang berkaitan dengan perkhidmatan pegawai.
  • Merancang dan menguruskan keperluan latihan secara sistematik bagi pegawai-pegawai DBP mendapatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugasnya secara cekap dan berkesan, sesuai dengan keperluan organisasi.
  • Menguruskan keperluan khidmat sokongan dari segi teknikal, pengangkutan, penyediaan tempat kerja serta membekalkan segala peralatan serta perkakasan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas jabatan/bahagian dengan cekap dan berkesan.
  • Mengawal keselamatan bangunan dan persekitaran dalam dan luar bangunan daripada segala bentuk ancaman gangguan dan musuh.

Zahra: ITBM

Assalamualaikum warahmatullah kawan2.. 
Tanpa berlengah mari kita mengenal apa itu Institut Terjemahan Buku Malaysia. 

Jom kita start..  

Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (atau singkatannya, ITBM; dahulunya dikenal sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia [ITNM]) telah ditubuhkan pada 14 September 1993 bagi menyediakan prasarana industri terjemahan di Malaysia.

Visi ITBM:
  • Menjadi badan penterjemahan terunggul dan penerbit buku berkualiti.

Peranan:

  • Mengatasi halangan bahasa dalam penyebaran ilmu pengetahuan melalui terjemahan berkualiti untuk melahirkan masyarakat maju, selaras dengan Wawasan 2020;
  • Memperkaya dan memperkasa kepustakaan berbahasa Melayu sebagai wahana pemikiran bangsa Malaysia meliputi aspek budaya, sains dan teknologi melalui terjemahan dan penerbitan buku;
  • Mengantarabangsakan karya kebangsaan secara berterusan melalui aktiviti penterjemahan dan penerbitan buku supaya setanding dengan karya yang diiktiraf dunia;
  • Membangunkan  modal insan dalam industri penterjemahan dan penerbitan buku.
  • Menjadi badan penterjemahan terunggul dan penerbit buku berkualiti.
  • Menyediakan khidmat ITBM:

  1. Khidmat Terjemahan: Buku, laporan, sijil, dokumen rasmi, sari kata, audio visual dan lain-lain.
  2. Khidmat Kejurubahasaan: Perbicaraan mahkamah, persidangan, seminar, mesyuarat, lawatan rasmi, pelancongan dan lain-lain.
  3. Khidmat Latihan & Kursus: Kursus terjemahan, bahasa, kejurubahasaan, penyuntingan dan lain-lain.
  4. Khidmat Penerbitan: Menerbitkan buku terjemahan dan karya asli pelbagai genre.
  5. Jualan Buku: pelbagai jenis buku terbitan ITBM dijual di www.itbm.com.my, WhatsApp 0192219015 atau Kedai Buku Bergerak ITBM.
  6. Khidmat Sokongan: pengesahan dokumen, percetakan, atur huruf dan lain-lain

Misi ITBM:
  • Mengatasi halangan bahasa dalam penyebaran ilmu pengetahuan melalui terjemahan berkualiti untuk melahirkan masyarakat maju, selaras dengan Wawasan 2020;
  • Memperkaya dan memperkasa kepustakaan berbahasa Melayu sebagai wahana pemikiran bangsa Malaysia meliputi aspek budaya, sains dan teknologi melalui terjemahan dan penerbitan buku;
  • Mengantarabangsakan karya kebangsaan secara berterusan melalui aktiviti penterjemahan dan penerbitan buku supaya setanding dengan karya yang diiktiraf dunia;
  • Membangunkan  modal insan dalam industri penterjemahan dan penerbitan buku.
  • Khidmat Terjemahan: Buku, laporan, sijil, dokumen rasmi, sari kata, audio visual dan lain-lain.
  • Khidmat Kejurubahasaan: Perbicaraan mahkamah, persidangan, seminar, mesyuarat, lawatan rasmi, pelancongan dan lain-lain.
  • Khidmat Latihan & Kursus: Kursus terjemahan, bahasa, kejurubahasaan, penyuntingan dan lain-lain.
  • Khidmat Penerbitan: Menerbitkan buku terjemahan dan karya asli pelbagai genre.
  • Jualan Buku: pelbagai jenis buku terbitan ITBM dijual di www.itbm.com.my, WhatsApp 0192219015 atau Kedai Buku Bergerak ITBM.
  • Khidmat Sokongan: pengesahan dokumen, percetakan, atur huruf dan lain-lain

Min: Fatimah Az Zahra bt Mughni

Kuliah Keempat Belas-Afiqah



Assalamualaikum, hye guys memandangkan ini blog saya yang terakhir ashsjshh so saya ade bagi quote sikit atau kita panggil kata-kata semangat untuk kawan2 semua, yela kot2 ada yang tengah bersedih atau kemurungan sebelum baca saya punya blog, manalah tau setiap orang nasib dia lain2 kan kekekek.

Okay tanpa membuang masa, untuk sharing saya yang terakhir ini adalah berkenaan dengan tajuk Teks Sastera. Haa sape dekat sini suka baca sastera?? Kat sini teks sastera bermaksud sebarang teks yang menggunakan bahasa dengan gaya penulisan yang kreatif, melalui cara2 stilistik, dengan tujuan khusus untk menghasilkan satu teks yang bersifat estetik. Puisi mempunyai banyka ciri dan kaedah yang perlu diikuti oleh penterjemah ketika ingin menterjemah sesuatu puisi.



Baik semoga bermanfaat. Lots of love from Afiqah๐Ÿ’•

Kuliah Ketiga Belas-Afiqah



Bismillah and Assalamualaikum kawan2 semua. Sihat ke semua? Kalau sihat Alhamdulillah kalau tak sihat moh cepat g klinik check takut kena penyakit lai pulak. ๐Ÿ˜† Okay baiklah minggu ni taknak berceloteh banyak , moh kita beralih ke aganda utama kita iaitu saya nak share dengan kawan2 semua tentang tajuk Makna Dalam Terjemahan atau lebih utama masalah makna dalam terjemahan.

Makna perkataan biasanya dipengaruhi oleh tiga benda sahaja iaitu posiisnya dalam ayat, bidang ilmu,dan situasi pemakaian dan budaya penutur. Sebagai contoh, perkataan chair berubah maknanya mengikut posisi dan kontek pemakaiannya like he sat on the chair, he will chair the meeting, he was condemmed to the chair. Terdapat beberapa jenis makna iaitu makna rujukan, makna leksikal, makna gramatikal, makna konteks, makna sosio-kultural, makna konotasi, makna emosi dan makna figuratif.


Sekian stay stuned untuk blog terakhir saya okay ๐Ÿ˜‰


Kuliah Kedua Belas-Afiqah



Assalamualaikum and hai kembali kita lagi untuk blog saya yang seterusnya๐Ÿ‘‹

Tanpa kita membuang masa lagi saya akan sharekan kepada kawan2 semua tentang tajuk yang saya belajar pada minggu ini iaitu Penterjemahan Al-Quran. Okay kawan2 faham tak apa itu penterjemahan al-quran?? Baiklah terjemahan bermaksud  mengungkapkan makna sesuatu kata/teks dalam bahasa asal/pertama dengan kata-kata lain dalam bahasa kedua secara jujur dan setia kepada semua makna dan maksud yang terdapat dalam teks pertama. Menterjemah Al-Quran juga  Merupakan satu topik yg penting kerana mempunyai hubungan dgn al-Qur’an al-Karim, Pertama kali dibincangkan secara formal oleh sekumpulan ulama Islam Turki yg diketuai oleh Mustafa Sabri. dan mendapat perhatian serius dalam kalangan ulama Islam, cthnya di Mesir.
Berlaku khilaf dalam kalangan ulama Islam. Ada yang mengharuskan dan ada yang mengharamkan. Kaedah penterjemah terbahagi kepada 2 iaitu, Harfiah dan Tafsiriyyah. Penterjemahan  Harfiah adalah Memindahkan perkataan daripada bahasa asal kepada kata-kata lain yang sepadan dengannya dalam bahasa kedua/sasaran, di samping menjaga susunan, tarkib dan kedudukan kata asal itu dengan sepenuhnya dalam teks terjemahan. 

Okay itu sahaja daripada saya, bye and jumpa lagi ❤
              
       
             
                        

NFMK- TEKS SASTERA


APA ITU TEKS SASTERA?

Sebarang teks yang menggunakan bahasa dengan gaya penulisan yang kreatif, melalui cara-cara stilistik, dengan tujuan khusus untuk menghasilkan satu teks yang bersifat estetik. (Lalita Sinha & Siti Aminah Hamdan 1994: 892)

-that's all from me-
     FARHANA

NFMK-Makna dalam Terjemahan

Makna perkataan dipengaruhi oleh:

  • Posisinya dalam ayat
  • Bidang ilmu
  • Situasi pemakaian dan budaya penutur

Untuk memahami sesuatu makna, jenis-jenis makna itu sendiri perlu diketahui:
  • Makna rujukan
  • Makna leksikal
  • Makna gramatikal
  • Makna konteks
  • Makna sosio-kultural
  • Makna konotasi
  • Makna emosi
  • Makna figuratif
-that's all from me-
    FARHANA

Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka

Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...