Tuesday, 11 June 2019

NFMK- Menterjemah Al-quran


Definisi Terjemahan:

Mengungkapkan makna sesuatu kata/teks dalam bahasa asal/pertama dengan kata-kata lain dalam bahasa kedua secara jujur dan setia kepada semua makna dan maksud yang terdapat dalam teks pertama.

Penterjemahan Al-Quran:

Merupakan satu topik yg penting kerana:
  • Mempunyai hubungan dgn al-Qur’an al-Karim
  • Pertama kali dibincangkan secara formal oleh sekumpulan ulama Islam Turki yg diketuai oleh Mustafa Sabri.
  • Mendapat perhatian serius dalam kalangan ulama Islam, contohnya di Mesir.

Hukum menterjemah Al-Quran


  • Berlaku khilaf dalam kalangan ulama Islam.
  • Ada yang mengharuskan dan ada yang mengharamkan.

   -that's all from me-
     FARHANA


NFMK- Padanan Terjemahan




     Apa itu Padanan Terjemahan?

Penggunaan istilah padanan terjemahan ini diterima pakai dalam ilmu sains penterjemahan setelah ia dipinjam daripada ilmu matematik atau ilmu logik (Wills 1982) sebagai satu usaha untuk mendapatkan satu terminologi yang lebih berotonomi. Orang pertama yang menggunakan konsep padanan dalam kerangka ilmu sains terjemahan ialah Jakobson (1959) melalui artikelnya On Linguistik Aspect of Translation

-that's all from me-
    FARHANA

NFMK- Laras Bahasa



  Apa itu Laras Bahasa?
  • Laras bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang dan situasi penutur ketika berbahasa, sama ada secara lisan atau tulisan.
  • Bahasa yang digunakan untuk sesuatu konteks adalah berlainan, misalnya bahasa yang digunakan dalam ulasan sukan dengan bahasa minit mesyuarat adalah berbeza, bahasa yang digunakan dalam bidang masakan tidak sama dengan bahasa yang digunakan dalam bidang permotoran.
   -that's all from me-
       FARHANA

NFMK- Unsur Budaya

 

    UNSUR BUDAYA

    Definisi Budaya:

        Budaya ialah ‘tamadun’, ‘peradaban’, ‘cara berkelakuan’ (berfikir dan sebagainya), ‘kemajuan’ (akal budi), ‘kebudayaan’, manakala ‘kebudayaan’ pula adalah keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan, akal budi dan lain-lain (Kamus Dewan 1992: 65) 

BUDAYA DAN TERJEMAHAN
  • Bahasa tidak mungkin dapat dipisahkan daripada budaya,
  • Penterjemahan turut melibatkan budaya.
  • Memberi kesan yang besar terhadap teori dan teknik terjemahan. 
  • Pemilihan teknik dan teori perlu dititik-beratkan selaras dengan genre teks yang akan diterjemahkan.
  • Untuk menghasilkan teks yang bermutu tinggi dan memberikan kesan yang sehampir mungkin dengan pembaca teks asal.
  2 aspek yang perlu diterjemahkan dengan cara yang berbeza:

1. Terjemahan Bahasa: Bagi menghasilkan terjemahan yang bermutu tinggi, penterjemah perlu menggunakan bahasa sebagaimana yang digunakan oleh penutur asal. 

2. Terjemahan Budaya: Terjemahan yang bermutu tinggi adalah terjemahan yang dapat memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkaradan budaya asing. Oleh itu, unsur-unsur budaya asal wajib dikekalkan.

-that's all from me-
   FARHANA



      
     

NFMK- Fungsi Ayat



       
        Teori Fungsi Ayat
        
       Ayat ada dua fungsi:
·         bentuk
·         fungsi

Contoh: Ayah Boleh ambilkan saya secawan teh?


 Bentuk: Ayat Tanya
Fungsi: Suruhan

Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat.

SUDUT MAKNA:

Ayat terbahagi kepada 3 jenis:
·         
      ⏩ ayat maklumat (informatif)
·         ⏩    ayat perasaan (emotif)  
·         ⏩    ayat arahan (imperatif )

          -that's all from me-
               FARHANA

NFMK- Frasa dan Peribahasa



    Frasa dan Peribahasa

   Definisi Frasa:

      Unit yang terdiri dari satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan
      atau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

  Definisi Peribahasa:

      Perbandingan makna yang sangat jelas dan terang. Biasanya didahului dengan kata pembanding.
 

  -that's all from me-
       FARHANA

NFNK- Kata Ganti Nama

 

   Kata Ganti Nama

   Definisi:

       Kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama lain seperti kata nama diri untuk
       menunjukkan orang.
     
       cth; dia, saya, awak


  KATA GANTI NAMA ARAB

MUDHAKKAR
أنا ، نحن ، أنتَ ، أنتما ، أنتم ، هو ، هما ، هم
MU’ANNATH
أنا ، نحن ، أنتِ ، أنتما ، أنتنَّ ، هي ، هما ، هنَّ

    -that's all from me-
         FARHANA

Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka

Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...