UNSUR BUDAYA
Definisi Budaya:
Budaya ialah ‘tamadun’, ‘peradaban’, ‘cara berkelakuan’ (berfikir dan sebagainya), ‘kemajuan’ (akal budi), ‘kebudayaan’, manakala ‘kebudayaan’ pula adalah keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan, akal budi dan lain-lain (Kamus Dewan 1992: 65)
BUDAYA DAN TERJEMAHAN
- Bahasa tidak mungkin dapat dipisahkan daripada budaya,
- Penterjemahan turut melibatkan budaya.
- Memberi kesan yang besar terhadap teori dan teknik terjemahan.
- Pemilihan teknik dan teori perlu dititik-beratkan selaras dengan genre teks yang akan diterjemahkan.
- Untuk menghasilkan teks yang bermutu tinggi dan memberikan kesan yang sehampir mungkin dengan pembaca teks asal.
2 aspek yang perlu diterjemahkan dengan cara yang berbeza:
1. Terjemahan Bahasa: Bagi menghasilkan terjemahan yang bermutu tinggi, penterjemah perlu menggunakan bahasa sebagaimana yang digunakan oleh penutur asal.
2. Terjemahan Budaya: Terjemahan yang bermutu tinggi adalah terjemahan yang dapat memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkaradan budaya asing. Oleh itu, unsur-unsur budaya asal wajib dikekalkan.
-that's all from me-
FARHANA
-that's all from me-
FARHANA
No comments:
Post a Comment