Monday, 25 February 2019

Zahra: Perasaan menjadi pelajar Arab-Melayu-Arab



🌈Assalamualaikum w.b.t.


Nama diberi Fatimah Az Zahra bt Mughni. Indah bukan?🌝😀
Sejujurnya ini merupakan kali pertama saya berkecimpung dalam dunia blogger.
Kalau bukan kerana ia merupakan satu assignment, saya mungkin tak kan berada di sini menulis untuk tatapan pembaca semua.

Baiklah, untuk penulisan saya yang pertama ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya menjadi salah seorang pelajar bagi kursus Terjemahan Arab-Melayu-Arab ini.

Kelas kami dibuat di dewan ATMA (Institut Tamadun Melayu). Waktu pertama kali saya baca kursus ini hati saya berdegup kencang. Bukan sebab pensyarah yang bengis atau tidak berhati perut, tetapi kerana saya tidak mempunyai kosa kata bahasa arab yang banyak (sedih kan😭).

Namun, itu tidak melemahkan semangat saya. Bagi saya, menggunakan nama puteri Rasulullah adalah sesuatu yang memalukan andai saya berputus asa di tengah jalan. Menyandang nama wanita teragung ini merupakan satu penghormatan yang sangat besar dan tidak boleh disia-siakan.

Maka, saya akan melakukan sedaya upaya untuk menjadi the best among the best. Doa dari anda semua amat saya harapkan untuk kejayaan saya dunia dan akhirat. Itu sahaja untuk kali ini semoga berjumpa lagi di lain waktu.




min: Fatimah Az Zahra 🍀

P/S: man jadda wajada, wa man zara'a hasoda

No comments:

Post a Comment

Zahra: Dewan Bahasa dan Pustaka

Assalamualaikum semua. Kali ni kita akan mengenal tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Majoriti dari kita selalu mendengar mengenai ini tetapi...